NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramanan umum empat penambahbaikan PERKESO

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan mengumumkan empat penambahbaikan utama di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperkukuh perlindungan kebajikan pekerja di negara ini.

Antara pengumuman utama ialah perancangan Skim Pengembara, yang akan dikaji kebolehlaksanaannya bermula tahun depan bagi melindungi hampir 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan merentasi Tambak Johor setiap hari, supaya tidak tercicir daripada perlindungan keselamatan sosial.

Selain itu, kerajaan menyasarkan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) menjelang suku pertama atau selewat-lewatnya suku kedua 2026, bagi memastikan pekerja dilindungi walaupun di luar waktu bekerja.

Ramanan turut mengumumkan pengurangan 80 peratus Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) berkuat kuasa mulai hari ini hingga hujung Januari 2026, membabitkan kira-kira 300,000 syarikat dengan penalti terkumpul mencecah RM157 juta sejak 2018.

Dalam pada itu, semua permohonan faedah di bawah empat akta PERKESO akan boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian bermula bulan hadapan, bagi memudahkan urusan lebih 10 juta pekerja sektor formal dan informal.

Pengumuman itu dibuat Ramanan sempena lawatan kerja rasmi ke Menara PERKESO, Jalan Ampang, hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo