NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Paris Batalkan ‘Award Akhir’ Kes Sulu, Malaysia Menang Lagi di Perancis


Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ berjumlah AS$14.9 bilion yang dikeluarkan penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022.

Selain itu, mahkamah turut mengarah penuntut Sulu membayar kos €200,000, bersamaan hampir RM960 ribu, kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan War Room Sekretariat Khas Sulu, keputusan itu disampaikan pada 9 Disember dan Malaysia menerima dokumen rasmi pagi tadi.

Mahkamah mendapati Stampa tiada bidang kuasa, sekali gus menolak keseluruhan proses timbang tara yang dilakukan tanpa asas undang-undang.

Kerajaan menyifatkan keputusan ini sebagai bukti kukuh bahawa tuntutan penuntut Sulu—termasuk pembiaya litigasi Therium—adalah percubaan untuk memeras wang dan aset rakyat Malaysia.

Mahkamah Perancis sebelum ini turut menolak ‘Partial Award’ pada Jun 2023, keputusan yang dikekalkan Mahkamah Agung Perancis pada November 2024.

Kerajaan menegaskan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara daripada tuntutan tidak berasas tersebut.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo