NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN perlu kekal jadi pembangkang kerana mandat rakyat – Akmal



KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh menegaskan Barisan Nasional (BN) perlu kekal memilih untuk memainkan peranan sebagai pembangkang di Sabah bersama Warisan dan Perikatan Nasional (PN), selaras dengan mandat yang diberikan pengundi.

“BN kekal jer di kerusi pembangkang di Sabah bersama parti Warisan dan PN. Jadi pembangkang yang kuat bawa isu rakyat dan sentiasa imbangi apa yang kerajaan negeri buat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau. 


Menurutnya, keputusan rakyat jelas menunjukkan harapan mereka agar BN melakukan perubahan yang lebih baik dari dalam.

“Rakyat mahukan kita sebagai pembangkang kerana mereka mahu melihat kita berubah dengan lebih baik. Kita terima kekalahan ini secara bermaruah dan kita perbaiki kelemahan kita,” ujarnya.

Beliau berkata, keyakinan rakyat hanya dapat dipulihkan sekiranya parti benar-benar melakukan pembaharuan.


“Baru rakyat boleh yakin dan kita kembali di hati rakyat. Dan jika itu boleh berlaku di Sabah, itu juga boleh berlaku di peringkat pusat. Dengar suara rakyat, insya-Allah rakyat akan kembali percaya pada kita,” ujarnya.


Akmal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang menolak sebarang usaha membawa BN menyertai Kerajaan GRS Plus yang kini diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sayap pemuda itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, GRS Plus telah pun melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri dengan komposisi semasa melibatkan GRS sebanyak 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN); Bebas (5) dan UPKO (3); STAR (2) serta masing-masing satu kerusi Pakatan Harapan (PH) dan KDM.

Terdahulu, media melaporkan, BN hari ini sekali lagi menyatakan kesediaan bekerjasama dan menyokong pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah kepimpinan Hajiji.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, kerjasama itu dizahirkan demi memastikan Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan yang berterusan demi rakyat negeri itu. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo