NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau Malas Jawab Elok Letak Jawatan

Alahai Timbalan Menteri Madani 

Ketika sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat pagi tadi, YB Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kerja Raya) enggan menjawab soalan tambahan YB Mersing. Malas katanya. 

Dia memperlekehkan soalan itu kerana katanya Pembangkang minta macam-macam sedangkan ketika sesi undian Bajet semalam, Pembangkang undi menolak. 

Dia berkata, "Macam malas saya hendak menjawab... kenapa tidak sokong semalam? Selepas itu minta itu ini, belanjawan tak sokong. Malas saya hendak jawab,"
Terus dia duduk dengan tidak tahu malu.

Sungguh tidak profesional dan angkuh Timbalan Menteri Madani.
Ini negara demokrasi berparlimen kan?
Dia menjadi Timbalan Menteri , Eksekutif bertanggungjawab kepada Legislatif (Parlimen). 
Itu prinsip asas demokrasi.

Perlu ingat, kita bukan berada di negara komunis, semua perlu sokong sahaja, tidak boleh berbeza langsung. 
Tutup sahaja Parlimen, tidak perlu lagi ada Pembangkang.
Kerajaan boleh buat apa sahaja sesuka hati dengan sokongan tukang ampu dan pembodek. 

Kerajaan bising apabila Pembangkang menolak undian Bajet sedangkan mereka sendiri bertindak zalim kepada Pembangkang.
Sejak Madani naik, 1 sen pun peruntukan tidak disalurkan kepada Ahli Parlimen Pembangkang sedangkan setiap Ahli Parlimen Kerajaan mendapat jutaan Ringgit daripada bajet tahunan yang diluluskan di Parlimen. 

Kalau begini sikap Timbalan Menteri, lebih baik dia letak jawatan sahajalah.
Kalau sudah malas, boleh balik kampung. 
Tidak perlulah dia buang masa datang Parlimen. 
Sungguh tidak bertanggungjawab apabila malas menjawab soalan Pembangkang hanya sebab perbezaan pendirian politik.
Inilah taksub dan ekstrem namanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo