KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini menamatkan sesi keterangan secara tertutup dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir selepas memanggil 35 saksi kanak-kanak.
Saksi kanak-kanak terbabit, yang mula memberi keterangan pada 22 Sept lepas di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Pindaan 2024), selesai berbuat demikian pada hari ke-36 prosiding inkues.
Sepanjang sesi tertutup itu, petugas media tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah bagi melindungi identiti kesemua saksi selaras dengan peruntukan akta berkenaan, yang melarang sebarang penerbitan maklumat yang boleh mendedahkan identiti mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues itu, mengesahkan bahawa saksi kanak-kanak terakhir telah selesai memberi keterangan.
Beliau berkata pendengaran inkues akan bersambung Isnin depan, dengan sembilan guru dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar dijangka memberi keterangan.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sehari sebelum itu di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengumumkan bahawa satu inkues akan dijalankan bagi menyiasat punca kematian pelajar itu selepas meneliti laporan siasatan polis.
Sebelum itu, pada 8 Ogos lepas, AGC telah mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.–AlHijrah Online
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
ReplyDeleteSaya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru