NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muniandy angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA, 27 Okt – Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy, hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dalam satu majlis rasmi di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, upacara angkat sumpah tersebut berlangsung di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Muniandy, 64, berasal dari Negeri Sembilan, memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dan Sarjana Undang-undang dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara pada tahun 1980 hingga 1984. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) di Jabatan Peguam Negara serta Pengarah Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.

Pada tahun 2019, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, sebelum disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2022. Sebelum pelantikan baharunya ini, beliau bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Jenayah 2).

Pelantikan Muniandy dilihat sebagai langkah meneruskan kesinambungan kecekapan dan integriti dalam sistem kehakiman negara.

1Media.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo