Antara syarat utama yang ditetapkan ialah:
- Jemaah perlu bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal.
- Jemaah mesti berupaya menjalankan ibadah haji secara berdikari tanpa bantuan orang lain.
- Individu yang menghidap kondisi berikut dianggap tidak layak untuk memperoleh visa haji: kegagalan buah pinggang kronik, penyakit jantung serius, paru-paru kronik, hati kronik, masalah neurologi/mental yang menjejaskan fungsi kognitif/motor, warga emas dengan dementia atau lemah fizikal, kehamilan berisiko tinggi, serta penyakit kanser yang masih dalam rawatan.
TH juga menegaskan bahawa bagi musim ini, pusat rawatan khas milik TH di Tanah Suci tidak lagi dibenarkan beroperasi. Sebaliknya, jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital kerajaan Arab Saudi dengan pemantauan pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
TH bersama KKM akan menempatkan sebanyak 225 petugas kesihatan di Tanah Suci untuk musim haji 1447H/2026M.
TH mengingatkan bakal jemaah haji Malaysia agar membuat persediaan fizikal secukupnya kerana mereka akan berada dalam suasana cuaca panas dan berdebu ketika menunaikan ibadat haji.
– 1Media.my

No comments
Post a Comment