NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Pas harap Akmal timbang semula jemputan sertai himpunan tolak RUU PSB



KUALA LUMPUR – Pemuda Pas Pusat berharap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dapat mempertimbangkan semula jemputan untuk menyertai himpunan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dirancang mereka pada 4 Oktober ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, pihaknya juga sentiasa terbuka untuk menerima jemputan UMNO bagi membincangkan perkara itu secara lebih mendalam.

Menurut beliau, pihaknya menyambut baik cadangan Dr. Muhamad Akmal untuk mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak serta menyediakan solusi kepada kerajaan sebelum penganjuran himpunan tersebut.

Namun, jelasnya, beberapa siri sidang meja bulat bersama penyelidik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh individu (NGI) telah diadakan bagi membincangkan isu tersebut sebelum ini.

“Malah, satu resolusi rasmi telah dihantar kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan semua Ahli Parlimen di seluruh negara di pejabat mereka masing-masing, termasuk Pejabat Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Menteri KPKT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Hafez yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, pihaknya turut melahirkan kesyukuran atas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang mewakili seluruh Ahli Parlimen UMNO dalam menolak draf RUU PSB serta gesaan supaya ia disemak dan diperbaiki pada sidang Parlimen lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, ketika beberapa menteri UMNO menzahirkan penolakan secara terbuka dan UMNO giat membincangkan solusi mengenai nasib Melayu bandar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming masih bertegas mahu membentangkan bacaan kedua RUU itu pada 6 Oktober ini.

Oleh hal demikian, Pemuda Pas telah memuktamadkan penganjuran Himpunan Mega #TolakURA sebagai isyarat jelas kepada Menteri itu agar tidak bersikap ‘tone deaf’ terhadap bantahan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Pemuda UMNO menasihatkan Pemuda Pas duduk semeja bagi mengumpulkan cadangan dan penyelesaian terbaik mengenai isu RUU PSB sebelum berhimpun membantah RUU itu.

Terdahulu, Mohd Hafez berkata, bagi menjayakan perhimpunan itu, pihaknya juga akan menghantar surat jemputan rasmi kepada UMNO serta parti politik lain. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo