NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tidak boleh terikat dengan dendam



KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi UMNO wajar mempertimbangkan secara serius untuk menerima semula dua tokoh penting parti iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke dalam parti tanpa sebarang syarat atau dendam politik.

Aktivis politik, Syed Rosli Jamalulai berpandangan KJ dan Hishammuddin memiliki nilai tambah yang amat besar buat UMNO.

“Mereka bukan sahaja berpengalaman dan berwibawa malah mempunyai daya tarikan tersendiri dalam kalangan pengundi muda, profesional dan kelas menengah – segmen penting yang semakin jauh daripada UMNO.

“Lebih penting, kedua-dua tokoh ini juga merupakan sebahagian daripada barisan pemimpin pelapis masa hadapan UMNO bersama tokoh seperti Datuk Seri Johari Ghani yang dilihat berpotensi besar untuk menerajui parti ke arah pembaharuan yang lebih menyeluruh dan progresif,” katanya dalam kenyataan.

Syed Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan berkata, tindakan meminggirkan pemimpin yang masih berjiwa UMNO hanya akan merugikan parti secara keseluruhan.

“Sudah tiba masanya kita mengutamakan kekuatan kolektif berbanding perbezaan pandangan. UMNO tidak boleh lagi terikat dengan dendam lama jika mahu terus relevan dan diyakini rakyat,” katanya.

Dengan penyatuan semula tokoh-tokoh berwibawa bersama kepimpinan sedia ada, UMNO boleh bangkit sebagai parti yang lebih kuat, inklusif dan berdaya saing dalam menghadapi PRU akan dating, katanya.

Menurut beliau, UMNO kini berada di persimpangan yang memerlukan kebijaksanaan dan keterbukaan dalam menentukan hala tuju perjuangannya demi masa depan bangsa Melayu dan kestabilan politik negara.

Katanya, dalam keadaan sokongan rakyat yang semakin terhakis adalah amat penting untuk kita kembali kepada asas iaitu memperkukuhkan perpaduan dalaman dan merapatkan saf kepimpinan. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo