NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putrajaya antara 6 kawasan dengan IPU tak sihat



PETALING JAYA:
 Enam kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 6.30 petang ini.

Bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan tertinggi, iaitu 162, diikuti Johan Setia dan Banting di Selangor (153), Putrajaya (151), Alor Gajah di Melaka (135) dan Temerloh di Pahang (116).

Sebanyak 56 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, manakala enam daerah mencatatkan IPU sihat.

Daripada 56 lokasi itu, bacaan IPU di Cheras, Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka tertinggi iaitu 96, disusuli Port Dickson (95), Bandaraya Melaka (93), Kuala Terengganu (87), Klang dan Seremban (85), Batu Muda di KL (84), Kuala Selangor dan Kota Bharu (82), Petaling Jaya dan Tanah Merah (81), Tasek Ipoh, Shah Alam dan Kemaman (80).

Enam daerah merekodkan IPU baik ialah Sarikei dan Samarahan di Sarawak (49), Tawau dan Kimanis di Sabah (47), Sibu serta Sri Aman di Sarawak masing-masing 45 dan 40.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), 301-400 (berbahaya), 401-500 (sangat bahaya) dan lebih 501 (kecemasan).

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, berkata kemerosotan kualiti udara itu dipengaruhi pergerakan asap jerebu yang memasuki Malaysia sejak 24 jam lalu.

“Tiada kebakaran berskala besar dalam negara yang dikesan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) di Singapura, imej satelit dari semalam menunjukkan 65 titik panas di Sumatera, 30 di Kalimantan dan empat di Malaysia – masing-masing dua di Pahang serta Selangor.

Wan Abdul Latiff berkata, peta jerebu serantau ASMC hari ini menunjukkan pergerakan angin bertiup ke arah barat daya dan tiada lingkaran asap jerebu diperhatikan.

“Keadaan kering dilaporkan di selatan Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Kepulauan Sunda Kecil dan selatan Kalimantan.

“Titik panas terpencil dikesan di Sumatera, manakala beberapa titik panas dikesan di Semenanjung Malaysia, Kalimantan, Vietnam dan Thailand.”


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. It’s concerning to see rising pollution levels in areas like Putrajaya. It really highlights the importance of choosing the right location for a healthy lifestyle. That’s one reason many people are opting to Buy 2 BHK Flat in Noida, where several sectors offer better air quality and green spaces. Thanks for sharing this insight

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo