NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara berdepan kemerosotan ekonomi yang semakin parah – Muhyiddin



BANGI, 22 MUHARRAM – Negara kini berada di ambang situasi yang belum pernah dilalui dalam sejarah, apabila rakyat merasakan diri mereka terancam dengan pelaksanaan dasar, program dan perancangan oleh kerajaan yang memerintah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara sedang berdepan dengan kemerosotan ekonomi yang semakin parah, sehingga menyebabkan rakyat biasa terjerumus dalam kemiskinan serta hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kesusahan, lapor Harakahdaily. 

“Apa lagi bila kerajaan di negara kita ini telah pun diberikan suatu peluang untuk menerajui negara dan tidak lain dan tidak bukan tujuannya ialah untuk mengangkat darjat dan martabat seluruh rakyat suatu tahap yang lebih tinggi dan dimuliakan.

“Tetapi malang seribu kali malang, walaupun mereka ini telah pun diberikan amanah tetapi dasar-dasar yang telah pun mereka perkenalkan ini tidak membantu menyenangkan hidup rakyat,” katanya.

Menurut Muhyiddin, rakyat amat memerlukan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dan bertanggungjawab, namun hal itu tidak dipedulikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan kabinetnya.

Katanya, antara janji popular sebelum ini termasuk penurunan harga minyak, namun bukan sahaja janji tersebut tidak ditunaikan, malah rakyat kini dibebani dengan kenaikan pelbagai barangan, selain janji penghapusan hutang yang turut gagal dilaksanakan.

Jelasnya lagi, rakyat kini terpaksa menanggung cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar dan jumlah lebih tinggi berbanding sebelumnya, semata-mata bagi mencapai sasaran kutipan kerajaan melebihi RM10 bilion.

Beliau turut mengimbas kembali usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ketika berada di bawah kepimpinannya selaku Perdana Menteri, walaupun berdepan pandemik Covid-19, tetapi telah mengetengahkan penyelesaian-penyelesaian yang membantu rakyat.

Justeru itu, Muhyiddin menggesa agar rakyat bertindak daripada sekarang dengan tidak membiarkan situasi sebegini untuk diperbaiki dari berdepan kemusnahan-kemusnahan yang berterusan yang akan dilakukan oleh pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyentuh isu sistem kehakiman di mana Perdana Menteri turut dipertikaikan atas kes yang turut dihadapi Anwar menjadikan negara berada dalam kedudukan sukar kerana dipertikaikan banyak pihak. 


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo