NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vigneswaran dakwa layanan berat sebelah kes Zamri Vinoth, Firdaus Wong



KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menyuarakan kebimbangan berhubung keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) yang tidak mendakwa Zamri Vinoth dan Firdaus Wong walaupun terdapat hampir 900 laporan polis dilakukan.

Menurutnya, keputusan AGC seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said atas alasan kekurangan bukti menimbulkan persoalan terhadap integriti dan ketelusan sistem perundangan negara.

“Prinsip 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja bukan alat undang-undang untuk melindungi hanya satu agama atau kaum semata-mata.

”Ia wujud untuk menjaga keharmonian agama, ketenteraman awam dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, pelaksanaan prinsip 3R yang selektif mencerminkan amalan dwi-standard, sekaligus mencabul Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan di sisi undang-undang.

Merujuk kepada kenyataan Zamri Vinoth dalam satu hantaran Facebook berhubung isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathraka beliau mendakwa ia bersifat hasutan, fitnah dan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum.

“Kegagalan bertindak hanya akan memberi isyarat bahawa provokasi terhadap agama minoriti boleh dibiarkan tanpa akibat. Ini membuka ruang kepada ketegangan, keresahan dan potensi huru-hara  sesuatu yang prinsip 3R sepatutnya elakkan.

Sehubungan itu, Vigneswaran mendesak AGC memberikan penjelasan yang telus berhubung asas keputusan tersebut serta menyeru kerajaan dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang supaya memastikan undang-undang dilaksanakan secara adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Diam secara terpilih bukanlah satu bentuk neutraliti, ia adalah bentuk bersekongkol. Jika prinsip 3R mahu terus relevan dalam Malaysia hari ini, ia mesti dilaksanakan dengan adil, tegas dan berintegriti merentasi semua kepercayaan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo