KUALA LUMPUR – Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri meletak jawatan adalah gimik politik untuk mengekalkan sokongan pendukungnya.
Menurut beliau, sekiranya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berhasrat kekal dengan jawatannya, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diharapkan kekal sehingga sekurang-kurangnya ke akhir penggal.
Katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, ia bagi meneruskan idealisme perjuangan politik Anwar untuk khidmat negara dan untuk maslahat rakyat.
“Kerajaan Perpaduan perlu meneruskan pentadbiran sehingga ke akhir penggal kemudian terpulang pada rakyat menilai pula menerusi PRU,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Disebabkan itu, tambah Mohd Khairuddin, beliau bersetuju dengan pandangan ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah supaya pentadbiran Anwar dikekalkan.
Jelasnya, perubahan kerajaan yang kerap dalam masa singkat kurang sesuai untuk negara.
Tambah beliau, rakyat sudah melalui pengalaman perubahan kerajaan antara 2018 sehingga 2022 dengan tiga kerajaan dalam masa yang singkat.
“Himpunan yang dibuat untuk mendesak PM turun itu hak demokrasi rakyat tetapi ibarat kata Syeikh Wazir, demontrasi adalah “sarapan orang politk,” katanya.
Semalam, Syeikh Wazir yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan menzahirkan kebimbangannya terhadap usaha pihak tertentu, khususnya pembangkang, yang merancang menjatuhkan Perdana Menteri melalui himpunan di ibu negara pada 26 Julai ini.
Beliau sebaliknya menyuarakan harapan supaya pentadbiran Anwar dikekalkan bagi menjamin kestabilan pembangunan Islam dan ekonomi negara yang didakwa kini semakin terkesan akibat perubahan kerajaan yang terlalu kerap. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment