NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan brek bas tidak berfungsi akan dibuktikan tidak lama lagi – Anthony



GERIK – Dakwaan pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bahawa bas yang dipandunya mengalami masalah brek tidak berfungsi akan dibuktikan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu akan dibuktikan menerusi laporan siasatan teknikal yang dilaksanakan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menurutnya, laporan teknikal itu jangka siap dalam sehari dua lagi dan akan menjadi antara dokumen penting dalam siasatan menyeluruh pihak berkuasa terhadap insiden tersebut.

“Pemandu mendakwa bahawa sewaktu kejadian itu berlaku brek tidak berfungsi. Itu perkara yang boleh kita buktikan sama ada betul atau tidak. Tidak lama lagi.

“Puspakom telah pun membuat siasatan terhadap sistem brek dalam kenderaan itu. Jadi kita tak boleh mengambil secara permukaan saja apa yang dikatakan oleh pemandu tersebut. Mungkin dia sama ada dia bercakap benar atau tidak.

“Itu saya nak bagi amaran dulu kepada pemandu itu jangan cuba nak menyatakan sesuatu yang tidak benar kerana itu boleh dibuktikan melalui ujian mekanikal kita,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau lokasi kemalangan dan bangkai kenderaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, bukan hanya pemandu, bahkan syarikat pengendali juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati gagal menguruskan perkhidmatan mereka dengan sewajarnya.

Tambahnya, sebelum ini memang terdapat kes yang melibatkan syarikat pengendali bas walaupun dia bukan pemandu.

“Sebagai pemilik syarikat pengendali, mereka juga ada tanggungjawab. Dalam kes ini memang saya rasa patut buka kertas siasatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan selepas itu akan dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo