NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Politik ego perlu dibuang, Dr Akmal digesa tarik balik kenyataan' - Pemuda Amanah



JOHOR BAHRU – Pemuda Amanah Nasional menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menolak cadangan agihan kerusi 14-14 dalam kerajaan campuran negeri Melaka.

Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak mencerminkan semangat muafakat dalam Kerajaan Perpaduan.

"Kenyataan Dr Akmal bersifat angkuh dan tidak sensitif terhadap usaha memperkukuh kestabilan politik demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Formula 14-14 adalah cadangan adil yang mencerminkan semangat setiakawan serta kesamarataan antara parti-parti komponen kerajaan, khususnya antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

“Sebarang cubaan untuk mendominasi atau meminggirkan rakan kongsi bukan sahaja akan mencetuskan ketegangan dalaman, malah boleh menggugat kestabilan kerajaan yang sedang dibina bersama,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Fadhli turut mengingatkan peranan besar penyokong PH yang membantu kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

“Jangan dilupa bagaimana undi teras daripada penyokong PH banyak membantu kemenangan calon BN di DUN Mahkota dan Ayer Kuning.

"Ini jelas membuktikan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan,” tegasnya.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan tidak boleh berteraskan penguasaan sebelah pihak, sebaliknya perlu dibina atas asas persefahaman dan idealisme bersama.

“Politik ego perlu dibuang. Sayap Pemuda bukan medan angkuh, tetapi ruang membina negara dengan jiwa besar.

"Saya menyeru agar Dr Akmal menarik balik kenyataannya dan kembali kepada semangat muafakat,” katanya.

Tambah beliau, hanya melalui perpaduan, kejayaan dapat dicapai secara kolektif demi masa depan rakyat dan kestabilan negara.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo