NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi terkejut menang undi tertinggi Ahli MPP PKR



JOHOR BAHRU– Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang menerima undi tertinggi dalam pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dan mengakui di luar jangkaannya sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui tidak menyangka menerima sebanyak 4,811 undi yang disifatkan begitu besar untuknya.

“Pencapaian ini adalah satu amanah besar yang harus dipikul bersama-sama kepimpinan baharu parti. Saya amat terkejut tetapi dalam masa yang sama amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan sokongan luar biasa daripada rakan-rakan serta ahli parti.

“Ini bukan kemenangan peribadi tetapi satu amanah besar yang saya dan seluruh barisan kepimpinan baharu perlu galas bersama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas keputusan diumumkan sejurus selesai Perasmian Kongres Nasional tahunan Keadilan di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa di sini malam ini.

Perasmian konvensyen tersebut disempurnakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Fahmi, fokus utama kini adalah memperkukuh gerak kerja parti di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Saya jangka rakan-rakan pimpinan akan ambil sedikit masa untuk turun ke kawasan masing-masing, menyantuni anggota dan masyarakat. Selepas itu, kita akan gerakkan jentera parti hingga ke akar umbi.

“Pesanan Datuk Seri Presiden juga jelas iaitu kita mesti kukuhkan hubungan pimpinan pusat dengan anggota akar umbi, dengar suara mereka dan bantu dalam apa juga isu yang mereka hadapi,” katanya.

Selain Fahmi, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet turut memang bagi jawatan Ahli MPP PKR penggal 2025-2028.

Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pemilihan, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo