NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cash is king akan berterusan jika Najib kembali jadi PM – Tun M



PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak akan meneruskan amalan cash is king dan rasuah sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri. 

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Buku dan Dialog Khas Bersama Tun Dr Mahathir mengenai Cabaran Pembangunan Ekonomi di Abad Ke-21 di sini hari ini.

Dr Mahathir mengakui ia sesuatu yang amat ‘membimbangkan’ buat Malaysia jika Najib dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Jika Najib Razak boleh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik. 

“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa cash is king kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Amalan memberi duit kepada orang akan terus berlaku,” katanya. 

Terdahulu, bekas Perdana Menteri dua kali itu ditanya apakah pandangannya sekiranya Najib kembali menerajui kerajaan buat kali kedua. 

Dalam pada itu, beliau turut berpendirian Najib perlu membuat permohonan secara terbuka ekoran kesalahannya. 

“Jika beliau benar-benar ingin kembali memimpin, seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dan  bukan dengan cara menggunakan wang untuk membeli sokongan, meminjam atau mencuri demi kuasa,” tambahnya.

Tambahnya,  rakyat perlu  sedar bahawa kepimpinancash is king tidak boleh terus diterima lagi di negara ini.

“Ia sebaliknya berubah menjadi satu permainan kuasa yang dipenuhi rasuah dan kepentingan peribadi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. This piece really highlights the ongoing complexities in Malaysian politics and how financial power continues to influence leadership. It’s one of the reasons many are considering opportunities abroad. I’ve been looking into my own options and found the Australia Immigration Points Calculator really helpful in understanding the eligibility process. It’s eye-opening to see how global events can shape personal decisions.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo