NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penggiat filem cadang penyampai ERA tunjuk kad OKU elak didakwa




BANGI, 4 RAMADAN — Pengarah sinematografi menggesa tiga penyampai radio ERA menunjukkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) jika mahu terlepas daripada tuduhan jenayah. 

 

Mohd Noor Kassim berkata ia selepas pihak berkuasa bertegas meneruskan siasatan walau penyampai radio berkenaan sudah mengemukakan permohonan maaf. 

 

“Bila orang Islam tersilap sikit, kamu orang pijak sampai lumat, yang sebelum ini minta maaf selesai. Mereka ini pun sudah minta maaf, siap pergi Batu Caves lagi.

 

“Tetap hendak buat mereka ini nampak teruk gila. Nabil, Azad dan Raden, saya salut cara kamu semua pergi minta maaf siap pergi Batu Caves, bukan buat video sahaja.

 

“Kamu semua tunjuklah kad OKU pasti selesai. Atau mereka sahaja ada kad OKU?” soalnya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

 

Ketua Polis Negara semalam mengesahkan tiga penyampai Radio ERA sedang disiasat selepas video penghinaan terhadap upacara Hindu tular. 

 

Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga penyampai itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Katanya, pihak polis menerima enam laporan berkaitan kes tersebut dengan laporan awal diterima daripada seorang jurutera berusia 44 tahun.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo