NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi terima maaf penghina Rasulullah? Soal pemimpin PAS




BANGI, 4 RAMADAN — Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan PAS menggesa Fahmi Fadzil berlaku adil dalam kes siasatan terhadap penghinaan agama di Malaysia. 

 

Pengarahnya, Ir Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata Menteri Komunikasi itu mengambil pendekataan berbeza dalam kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.  

 

“Pelik aku tengok si Fahmi ini. Punyalah tidak performsebelum ini. Tiba-tiba dia hendak jadi hero suruh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) siasat isu penyampai radio ERA. 

 

“Walaupun kawan itu sudah minta maaf secara terbuka dan ERA sudah buat siasatan dalaman. Macam baru bangun dari tidur terus meloncat tidak tentu hala. 

 

“Mimpi kena gugur dari menteri gamaknya. Alang-alang sudah bangun dari tidur, tolong update sikit kes Harith Iskander dan Cecelia Yap yang sampai hari ni tiada khabar berita,” katanya. 

 

Beliau mengulas video tular di media sosial memaparkan penyampai radio ERA menghina upacara agama Hindu. 

 

Penyampai dan pihak Astro sudah mengemukakan permohonan maaf dan satu siasatan dalaman akan dijalankan sebelum dipanggil pihak SKMM.

 

Nurul Islam berkata Fahmi tidak boleh bersikap pilih kasih dalam menangani kes penghinaan agama di Malaysia. 

 

Katanya, kiriman pelawak Harith Iskander dan penghinaan warga maya Cecelia Yap masih belum ada tindakan daripada pihak berkuasa.

 

“Aku tahulah dia sudah minta maaf. Tidak mungkin minta maaf dia laku dan minta maaf penyampai radio ERA tidak laku? Banyak kelirulah kawan. 

 

“Jelaskan sedikit kepada warga maya, macam mana kiriman Harith yang biadab itu masih tidak dibuang oleh SKMM? Setakat semakan tadi mendapat 13,300 reaksi.

 

“Kalau kiriman kritik Perdana Menteri elok saja kau arah SKMM padam, ini kiriman kurang ajar kau biarkan pula. Tolong function sikit wahai Fahmi,” katanya. 


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo