NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasuah ADUN Sabah: Kenyataan Anwar beri tekanan kepada SPRM – Ronald



KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak peduli dengan kedudukan individu terpalit rasuah boleh menjadi tekanan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kenyataan Anwar sekaligus menyanggah pendirian Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengatakan video skandal Sabah tiada kredibiliti.

“Kenyataan terbaru Perdana Menteri bahawa beliau tidak peduli dengan sebesar mana atau setinggi mana kedudukan seseorang yang terpalit dengan rasuah, merupakan tekanan kepada SPRM yang menolak bukti video dalam skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN di Sabah.

“Alasan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa video yang memaparkan secara terang lagi jelas mengenai rasuah projek cari gali mineral telah disunting dan tiada kredibiliti, dilihat bertentangan sama sekali dengan naratif dan kesungguhan Perdana Menteri, yang cuba menggambarkan dirinya sebagai pejuang anti rasuah.

“Dalam hal ini, Bersatu Sabah menyeru agar SPRM melihat semula kenyataan bekas Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya, bahawa video skandal rasuah Adun Sabah merupakan bukti yang wajib disiasat.

“Malah Latheefa juga menegaskan dia tidak bersetuju dengan kenyataan Azam bahawa video disunting tidak boleh dijadikan bukti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, ketika berucap merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di Putrajaya, Anwar dipetik berkata, beliau tidak mengizinkan perbuatan rasuah dan akan cuba sedaya upaya membersihkan perbuatan tersebut walaupun ia membabitkan individu berpangkat tinggi.

Isu skandal rasuah ADUN Sabah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila rakaman video yang didakwa memaparkan urusan rasuah berkaitan projek cari gali mineral di negeri itu tular di media sosial.

Bagaimanapun, SPRM dilaporkan berkata, rakaman tersebut tidak boleh dijadikan asas siasatan kerana telah disunting.

“Justeru, dalam kes ADUN Sabah ini, saya yakin SPRM akan bertindak selari dengan kenyataan Perdana Menteri yang tidak peduli dengan kedudukan atau jawatan mereka yang terpalit rasuah.

“Saya juga pasti SPRM tidak berhasrat melihat kerajaan Madani ini dilabel sebagai tidak serius dan mengamalkan penyiasatan serta pendakwaan terpilih dalam usahanya memerangi rasuah,” kata Ronald lagi. – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo