JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor berharap kepimpinan Kerajaan Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak menutup pintu rundingan agar sebuah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri ini.
Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pembabitan komponen Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri cukup penting dengan adanya wakil di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai ketua kampung atau ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Bagi saya, Kerajaan Perpaduan di Johor adalah perkara yang boleh dirunding, kita jangan tutup pintu rundingan kerana pembabitan parti komponen PH dalam Kerajaan Perpaduan di Johor itu penting.
"Sebagai contoh saya sebagai Ahli Parlimen PH, tetapi wakil PH tidak ada sebagai ahli majlis atau pun ketua kampung.
"Tetapi dalam masa yang sama gabungan PH adalah komponen utama dalam kerajaan Pusat. PH Johor ada pengalaman dan pandangan yang boleh kita sumbangkam kepada pentadbiran kerajaan negeri.
"Bukan maksudnya kerajaan negeri diterajui BN Johor sekarang tidak bagus, tetapi boleh menjadi lebih baik dengan penyertaan parti komponen PH," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Rumah Terbuka PKR Johor dan Parlimen Tebrau, di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Sim Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.
Minggu lalu, Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad dilaporkan berkata kerjasama PH-BN di Johor perlu bermula sekarang dalam usaha menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU), mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Muhammad Faezuddin dilaporkan berkata, bagi menuju ke arah kerjasama itu, adalah penting bagi pimpinan PH untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri Johor seperti di pejabat daerah sebagai ketua kampung atau ahli majlis di peringkat PBT (pihak berkuasa tempatan).
Ia susulan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azlen Ambros yang dilaporkan berkata BN mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi Parlimen Tier 2 pada PRU akan datang jika berganding bahu dengan PH.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, BN meraih majoriti dua pertiga dengan menang 40 daripada 56 kerusi sementara PH sebanyak12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan Muda pula satu kerusi.
Ditanya mengenai hubungan PH dan BN Johor ketika ini, Jimmy berkata, perkara itu terpulang kepada tafsiran dan pandangan mana-mana pihak serta masyarakat.
"(Hubungan) keadaan sekarang, boleh lihat daripada sudut mana pun, bagi saya masih ada peluang untuk runding kerjasama di Johor," katanya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment