Jemputan media daripada Jakim menyatakan majlis berkenaan akan dimulakan dengan kunjungan ke rumah orang-orang tua bagi penyampaian hamper esok, dengan bacaan doa dibacakan dalam tiga bahasa pada majlis pembukaan, pada Ahad.
Jurucakap Jakim berkata doa kesyukuran akan diadakan, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan siapa dipelawa ke majlis itu.
Majlis pada Ahad juga memuatkan forum, menggaul yee sang, demonstrasi masakan, cabutan bertuah, dan ucapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Mohd Na’im Mokhtar.
Bercakap kepada FMT, jurucakap Jakim berkata sambutan Tahun Baharu Cina merupakan acara tahunan, dengan Klang dipilih kerana mempunyai komuniti besar masyarakat Cina.
“Jakim hanya meraikan sambutan kebudayaan, bukan keagamaan,” katanya sambil menambah majlis dianjur bagi menggalakkan muhibah.
Jakim berkata, acara dua hari berkenaan, dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan beberapa pertubuhan Islam, yang menjadi inisiatif Harmoni Madani.
Kementerian Perpaduan Negara melancarkan program Harmoni Madani pada April lalu, bagi meningkatkan persefahaman rakyat terhadap kepelbagaian agama, budaya, dan adat resam negara.
Dalam laporan Bernama, Menteri Aaron Ago Dagang berkata inisiatif berkenaan termasuk melibatkan forum berpandukan persefahaman, hormat-menghormati, dan penerimaan.
Ia juga termasuk lawatan ke rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong, dan gereja.
Minggu lalu, Na’im berkata Jakim sedang memuktamadkan garis panduan pembabitan orang Islam dalam perayaan dan pengebumian bukan Islam, termasuk upacara rumah ibadat bukan Islam.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian berkata, garis panduan tersebut tidak diperlukan dan akan mencetuskan kegusaran, susulan cadangan garis panduan itu mendapat tentangan masyarakat sivil, pimpinan agama bukan Islam, dan ahli politik.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah tiada keperluan bagi cadangan berkenaan, sambil menyatakan Quran dan Sunnah telah menyediakan garis panduan terbaik kepada orang Islam.
Sumber | Xheseeburger
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment