NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guna pekerja asing di bazar Ramadan, kami sita serta merta, kata exco N Sembilan




PETALING JAYA
Kerajaan Negeri Sembilan akan senarai hitam pemegang lesen bazar Ramadan yang menggunakan pekerja asing atau membenarkan mereka berniaga, kata exco.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J Arul Kumar, berkata pihaknya juga tidak teragak-agak melakukan sitaan serta merta barangan jualan, andai syarat itu tidak dipenuhi.

“Syarat berkenaan mesti dipatuhi dan tidak ada warga asing sebagai pekerja atau peniaga di mana-mana bazar Ramadan. Jika ada, saya akan meminta pihak PBT mengambil tindakan segera termasuk menyita semua barangan.

“Penganjur juga akan disenarai hitam dan tidak lagi boleh memohon untuk menganjurkan mana-mana bazar Ramadan pada tahun-tahun akan datang,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Arul berkata demikian sebagai maklum balas kepada tindakan beberapa penganjur pada tahun lalu membenarkan warga asing berniaga di bazar Ramadan.

Dalam pada itu, beliau berkata bazar Ramadan adalah diwujudkan bagi menjana pendapatan tambahan, bukannya dijadikan ‘untung atas angin’, dengan menyewa tapak kepada pihak lain.

“Sesiapa yang mohon gerai di bazar Ramadan sahaja boleh berniaga di sana berdasarkan kepada permohonan lesen PBT yang diterima.

“Jangan pandai-pandai mohon dengan penganjur dan selepas itu jual tapak itu dengan harga yang lebih tinggi.”



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo