Naib ketuanya Muhamad Hafis Alias menamakan Sanusi Nor (Kedah), Mohd Nassuruddin Daud (Kelantan) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis) bagi membalas kenyataan penganalisis Syaza Shukri bahawa Samsuri dari Terengganu sebagai calon berpotensi diketengahkan mengetuai pentadbiran Putrajaya seperti dilaporkan FMT, Jumaat lalu.
Syaza dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata ada keperluan bagi PAS mempertandingkan kerusi timbalan presiden untuk menyediakan pelapis pimpinan atau calon perdana menteri menjelang PRU16 dengan menamakan Samsuri atau dikenali sebagai Dr Sam.
“Maaf jika saya berselisih pendapat dengan penganalisis politik yang menyatakan Dr Sam calon PM pasca PRU16, PAS sekarang ini tidak lagi ketandusan kepimpinan malah memerintah empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan prestasi sangat cemerlang.
“Kini PAS mempunyai banyak kepimpinan pilihan seperti Sanusi, Shukri dan Nassuruddin…tidak hanya tertumpu Dr Sam,” kata Hafis kepada FMT.
Namun Hafiz berkata keputusan siapa calon PM dari PAS untuk mewakili PN itu akan diputuskan pimpinan dan Majlis Syura mengikut lunas syarak dan dalil.
Sehubungan itu, beliau berkata presiden dan timbalannya perlu mempunyai kepakaran tertentu dalam mengeluarkan ijtihad (kesimpulan) dan faqih (aturan dan tuntutan syariat Islam) mengikut keadaan semasa.
“(Dalam) Suasana politik seperti sekarang ini yang kucar-kacir dan terumbang-ambing begini, lagilah presiden dan timbalannya wajib di kalangan sangat faqih dalam Islam serta ilmu-ilmunya,” katanya yang menyatakan PAS meraikan prinsip demokrasi dalam pemilihan.
“Begitu juga dengan jawatan timbalan presiden, siapa sahaja boleh mempertaruhkan nasib.”
Jawatan presiden PAS yang disandang Hadi Awang sejak 2002 dijangka tidak dipertandingkan susulan tiada calon dilihat mahu tampil mencabarnya seperti Ahmad Awang pada pemilihan 2015.
Sejak itu kedudukannya dan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pernah dicabar. Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menang kerusi terbabit 10 tahun lalu dengan menewaskan Mohamad Sabu.
Bulan lalu, sebuah media menyiarkan komen penganalisis yang Hadi mungkin tidak lagi sesuai mengetuai PAS, termasuk berdepan cabaran besar terutama menghadapi PRU16 kerana keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment