NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlu ada kerjasama antara ‘Dermawan’ dan ‘Wakil Rakyat’




BANGI, Selasa – Pihak yang ingin membantu mangsa banjir diminta menghubungi wakil rakyat di kawasan yang terjejas agar bantuan yang disampaikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

 

Beliau berkata, ini termasuk pihak kerajaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pertubuhan dan individu bukan kerajaan (NGO & NGI).

 

Wan Fayhsal berkata, ia bagi mengelakkan pembaziran dan mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan mangsa di kawasan terjejas.

 

“Kalau ada individu yang ingin membantu, saya syorkan tolong hubungi wakil rakyat yang berada di sana sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana kami lebih mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah.

 

“kadang-kadang kita nak bagi bantuan baguslah, nak dapatkan mileage dan sebagainya, tapi kita bagi benda terlebih banyak, macam makanan, jadi membazir, buang begitu sahaja,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

 

Pada masa sama, wakil rakyat pembangkang itu menuntut Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak meminggirkan wakil rakyat pembangkan dan menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada Ahli Parlimen di kawasan terlibat.

 

Beliau berkata, tugas wakil rakyat adalah pemudah cara untuk membantu rakyat terkesan.

 

Justeru, katanya, sekiranya wakil rakyat dipinggirkan, maka pengagihan bantuan tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya dan akhirnya kerajaan yang mendapat nama buruk.

 

“Lihat Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang, tenggelam. ‘Total loss’ di banyak tempat, rumah dan sebagainya.

 

“Kalau kita tak beri bantuan kepada Ahli Parlimen, banyak perkara yang boleh diselesaikan dalam masa seminggu akan berlarutan sebulan kerana karenah birokrasi,” tambahnya.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo