NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal batal kes, bicara kes Zayn Rayyan mula Februari




Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 10 Januari ini sebagai tarikh sebutan kes terhadap ibu dan bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.  

 

Hakim Syahliza Warnoh berkata tarikh berkenaan ditetapkan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.    

 

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan pasangan itu bermula 3 Februari depan dengan 15 saksi pendakwaan dijangka memberi keterangan, lapor Malaysia Gazette. 

 

Bekas peguam pasangan itu, Fahmi Abd Moin minggu lalu memaklumkan representasi sudah dihantar kepada AGC bagi menggesa pendakwaan ditarik balik.

 

Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris merupakan peguam baharu yang dilantik pasangan itu selepas Fahmi menarik diri daripada kes berkenaan.

 

Pihak pendakwaan pada September lalu mendakwa sudah menyerahkan laporan forensik melibatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan syarikat telekomunikasi.

 

Pasangan ini pada 13 Jun lalu dituduh mengabaikan Zayn Rayyan di Damansara Damai di antara pukul 12 tengah hari 5 Disember dan 9.55 malam 6 Disember 2023.

 

Zaim dan Ismanira didakwa bersama-sama mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal ke atas mangsa berusia enam tahun itu. 

 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ramai orang nak tengok dia (Datuk Yip Kum Fook) nak mengajar sebab sekarang Datuk Yip tak pernah pergi mana-mana majlis, sebab dia takut dan segan orang ramai. Dia mohon sijil peguam dan jadi peguam sebab nak main politik dan mudah menipu orang.

    Zaman sekarang orang dah tak kisah kalau ada duit lebih atau ijazah tinggi. Hari ini, ramai orang tahu watak anda, dan dari mana anda berasal kerana ramai orang membuat kajian di internet. Datuk Yip Kum Fook selalu bercakap tentang orang yang berpendidikan rendah.

    Datuk Yip Kum Fook menghina Cina dan Buddha, juga dia tidak begitu miskin dan berpendidikan rendah, kami harap semua orang perlu berhati-hati dengan lelaki ini

    K H LOW, Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo