NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara undang-undang dan perkara baharu berkuat kuasa 1 Januari 2025



  • Ia termasuk penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), lapor BERNAMA di sini hari ini.
  • Bermula esok juga premis dobi dan bangunan tempat kerja telah tersenarai dalam kawasan larangan merokok ekoran penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu.
  • Bermula 1 Januari depan juga Johor akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad susulan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 7 Oktober lalu, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

KUALA LUMPUR — Dalam tempoh kurang 24 jam, Malaysia akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat dan negara.

Antaranya adalah penguatkuasaan beberapa dasar dan peraturan baharu yang bermula 1 Januari 2025.

Ia termasuk penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), lapor BERNAMA di sini hari ini.

Keperluan itu, yang terletak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan kelompok rentan, serta memperkukuh kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

Kosmo pada Jumaat lalu melaporkan penyedia media sosial telah diminta mendaftarkan lesen perkhidmatan dengan segera susulan penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Januari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dilaporkan mengingatkan tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan tersebut adalah sebelum atau pada 31 Disember 2024 (hari ini).

Bermula esok juga premis dobi dan bangunan tempat kerja telah tersenarai dalam kawasan larangan merokok ekoran penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu.

Peraturan baharu itu menjadikan 28 kawasan diwartakan sebagai tempat larangan merokok, termasuk hospital, klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berpenyaman udara, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan, kawasan taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, stadium dan banyak lagi.

Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan diwartakan itu boleh didenda hingga RM5,000.

Selain itu, penjaja dan peniaga berlesen wajib membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bermula esok bagi menyediakan sokongan kewangan jika berlaku bencana kerja.

Langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos melalui PU (A) 229 dan berkuat kuasa 1 September lalu.

Bermula esok, semua taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing bagi menyakinkan ibu bapa terhadap status lesen taska terbabit.

Kriteria baharu pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian juga akan berkuat kuasa esok, selaras komitmen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi meningkatkan kualiti pengauditan dan mengurangkan beban pematuhan yang dihadapi syarikat persendirian.

BERNAMA sebelum ini melaporkan SSM mengumumkan kriteria baharu pengecualian audit penyata kewangan bagi syarikat persendirian di Malaysia melalui penerbitan Arahan Amalan Bil. 10/2024 bertajuk “Qualifying Criteria For Exemption Fo Certain Private Companies in Malaysia”.

Kriteria baharu pengecualian audit yang diperkenalkan itu telah melalui beberapa siri konsultasi bermula Februari 2023 sehingga Jun lalu, serta mendapat sokongan daripada 88 peratus responden.

Mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan pengecualian audit perlu memenuhi mana-mana dua daripada tiga kriteria ditetapkan.

Sementara itu, bermula 1 Januari depan juga Johor akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad susulan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 7 Oktober lalu, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Perkara itu menjadikan negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Esok, Malaysia juga secara rasmi mengambil alih jawatan selaku Pengerusi ASEAN setelah Laos menyerahkan tanggungjawab itu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 11 Oktober lalu.

Di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN sepanjang tahun, antaranya Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Johor (Februari), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Menteri (AMM/PMC) di Kuala Lumpur (Julai), serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober.

Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. — The Merdeka Times








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Persempadanan semula tidak beri kelebihan jika sentimen rakyat tidak ditangani dengan baik – MCA



  • Strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak semestinya memberikan kelebihan kepada kerajaan sekiranya sentimen rakyat tidak diperhalusi dan ditangani dengan baik, kata Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.
  • Choo Seong yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda BN berkata demikian ketika mengulas artikel yang melaporkan bahawa Pakatan Harapan (PH) berpotensi menang dua pertiga sekiranya berlaku persempadanan semula kawasan Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
  • Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub dilaporkan sebagai berkata jangkaan itu berdasarkan kajian dilakukan menerusi 52 sampel kawasan Parlimen yang dipecahkan lebih daripada satu kawasan.
  • “Apa yang penting, kita kena faham dan menyelami sentimen rakyat. Sentimen rakyat boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada prestasi kerajaan dan isu-isu semasa, khususnya tempoh menjelang pilihanraya. 
  • “Masih terlalu awal dan “premature” untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.

KUALA LUMPUR — Strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak semestinya memberikan kelebihan kepada kerajaan sekiranya sentimen rakyat tidak diperhalusi dan ditangani dengan baik, kata Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.

Choo Seong yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda BN berkata demikian ketika mengulas artikel yang melaporkan bahawa Pakatan Harapan (PH) berpotensi menang dua pertiga sekiranya berlaku persempadanan semula kawasan Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub dilaporkan sebagai berkata jangkaan itu berdasarkan kajian dilakukan menerusi 52 sampel kawasan Parlimen yang dipecahkan lebih daripada satu kawasan.

Choo Seong berkata beliau menghormati pandangan dan hasil dapatan Mohammad Tawfik itu, namun menegaskan politik bukan Matematik.

“Dalam matematik, 1 + 1 = 2, tetapi dalam dunia politik, 1 + 1 tak semestinya 2. Sebab itu ada di kalangan ahli falsafah yang berpandangan bahawa politik itu adalah satu seni. 

“Apa yang penting, kita kena faham dan menyelami sentimen rakyat. Sentimen rakyat boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada prestasi kerajaan dan isu-isu semasa, khususnya tempoh menjelang pilihanraya. 

“Masih terlalu awal dan “premature” untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Choo Seong berkata harus diingatkan bahawa PH adalah sebahagian daripada kerajaan hari ini di mana Perdana Menteri juga adalah dari parti politik tersebut.

Beliau berkata sudah semestinya sentimen dan tahap sokongan (approval rating) rakyat terhadap PH akan berubah dari semasa ke semasa, walaupun ada laporan terbaru menyatakan approval rating terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PMX meningkat dari 50 peratus kepada 52 peratus. 

Katanya, beliau pasti perkara itu akan berubah dari semasa ke semasa, bergantung kepada prestasi kerajaan dan penerimaan rakyat melalui dasar-dasar yang sudah atau bakal dilaksanakan kerajaan. 

“Sebab itu saya juga sering mengingatkan kepada kepimpinan BN supaya jangan terlalu selesa dengan jawatan dan kedudukan semasa tetapi sentiasa peka terhadap denyut nadi dan sentimen rakyat. 

“Seperti yang Dr. Tawfik sebut, kerajaan pastinya mempunyai kelebihan dan mahukan persempadanan semula itu memihak kepada mereka melalui pecahan dan tambahan kerusi di kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat mereka. 

“Saya percaya itu juga merupakan strategi dan pemikiran kerajaan semasa persempadanan dilakukan pada tahun 2018. Hakikatnya, keputusan pilihanraya tetap tidak memihak pada kerajaan pada masa itu di mana BN tewas buat kali pertama di peringkat persekutuan.

“Itu membuktikan bahawa sentimen rakyat boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya dan strategi persempadanan semula itu tidak semestinya memberikan kelebihan kepada kerajaan sekiranya sentimen rakyat tidak diperhalusi dan ditangani dengan baik,” kata Choo Seong. — The Merdeka Times








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Sebat di Khalayak: Mufti Wilayah Gesa Semua Pihak Hormati Terengganu



KUALA TERENGGANU, 31 Disember – Mufti Wilayah Persekutuan menggesa semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang melaksanakan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai terhadap pesalah khalwat berulang pada Jumaat lalu.  

Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Abdullah menegaskan, orang ramai perlu berhati-hati sebelum memberikan pendapat kerana dikhuatiri mengandungi komentar tanpa asas terhadap pelaksanaan hukuman tersebut.  

Beliau berkata, pelaksanaan sebatan di bawah Mahkamah Syariah di Malaysia telah mengambil kira semua aspek termasuk syarak.  

“Sebagai contoh, di Wilayah Persekutuan, berdasarkan Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), dinyatakan syarat-syarat yang mesti dipenuhi berkaitan alat sebatan, kaedah dan bahagian badan yang boleh disebat.  

“Isu yang dipolemikkan ialah pelaksanaan sebat di Negeri Terengganu yang dilaksanakan di khalayak ramai. Ia dilaksanakan berdasarkan bidang kuasa Negeri Terengganu, iaitu mengikut prosedur dan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh sub-seksyen 125(3)(c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001. Enakmen ini memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengarahkan hukuman sebat dilaksanakan di mana-mana tempat yang bersesuaian atau di lokasi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.  

“Memandangkan hukuman yang dijalankan adalah hukuman takzir, keputusan pemerintah terhadap pelaksanaan hukuman tersebut perlulah dihormati. Dalam kes ini, hukuman tersebut telah dilaksanakan di sebuah dewan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.  

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam pelaksanaan hukuman tersebut, pihak mahkamah hanya membenarkan seramai 70 orang untuk menyaksikan hukuman tanpa dibenarkan membawa sebarang alat komunikasi atau perakam video.  

“Ini juga selaras dengan SOP Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara yang menetapkan bahawa kehadiran adalah tertakluk kepada perintah mahkamah,” jelasnya.  

Tambah Dr. Luqman, isu ini pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan pada tahun 2018, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu pernah menjatuhkan hukuman sebatan terhadap pesalah yang melakukan hubungan sejenis.  

“Hukuman tersebut dilaksanakan di sebuah dewan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan disaksikan oleh lebih 100 orang,” katanya.



Sumber | TRDI.my








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Melangkah ke 2025 dengan azam jadi rakyat lebih baik, bertanggungjawab, sayang negara – Tun M



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh rakyat Malaysia melangkah ke tahun baharu 2025 dengan azam untuk menjadi rakyat yang lebih baik, bertanggungjawab dan sayangkan negara.

Dalam masa sama, beliau menyeru seluruh rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni, berprinsip, hormat antara satu sama lain serta patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan negara.


Jelasnya, menjadi kelaziman setiap tahun baharu untuk setiap individu memulakannya dengan azam dan semangat memperbaiki diri serta berusaha mencapai yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

“Ia menjadi blueprint atau pedoman untuk adakan matlamat tahun tersebut dan tumpu usaha untuk mencapai matlamat yang digaris.

“Yang penting gigih berusaha. Bekal diri kita dengan ilmu pengetahuan dan tingkatkan kecekapan. Jangan mengalah,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, beliau akan menginjak ke usia 100 tahun pada pertengahan tahun hadapan dan sekiranya dilanjutkan usia, ia merupakan satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan dugaan.


“Alhamdulillah, setakat ini saya dikurniakan kesihatan yang agak baik, masih boleh berdiri, berjalan dan berfikir dengan waras.

“Satu abad adalah jangka masa yang lama. Di usia ini, saya bernasib baik dapat bersama dalam mengharungi detik-detik penting di dalam sejarah negara.

“Kita dijajah, diserang dan ditakluk, diserah kepada negara asing, dijajah semula, berjuang untuk mencapai kemerdekaan, merdeka, berperang dan berusaha untuk membangun,” katanya.

Tambah Dr. Mahathir, bermula dari zaman remaja sehingga ke hari ini, beliau berpeluang berjuang dan bekerja untuk kesejahteraan negara.


Sepanjang tempoh itu, jelasnya, beliau melihat apa yang menjayakan negara ialah jati diri dan semangat juang rakyat, yang mempunyai harga diri serta yang tidak sanggup menggadai tanah dan maruah bangsa untuk apa sekali pun.

“Apakah kita masih lagi ada semangat serta nilai-nilai murni seperti mereka yang terdahulu dari kita, yang telah berjuang untuk negara agar kita dapat menikmati segala yang kita ada pada hari ini.

“Selamat Tahun Baru 2025. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Adam Adli jangan jadikan institusi Raja perisai lindungi kepentingan politik peribadi



KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli diingatkan memberi fokus kepada tugas diamanahkan kepada dirinya, berbanding terus bermain polemik politik dalam isu pengampunan Diraja “bosnya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail berkata, Adam Adli diingatkan tidak hanya pandai menyuruh pihak lain berhati-hati dalam soal pengampunan Diraja sedangkan amanah beliau sendiri diabaikan.

“Kenyataan Adam Adli yang mempertahankan pengampunan Diraja sememangnya selari dengan undang-undang, tetapi apa yang dipertikaikan oleh rakyat adalah integriti proses tersebut.

“Jangan jadikan institusi Raja sebagai perisai untuk melindungi kepentingan politik peribadi.

“Jika benar proses pengampunan itu telus, maka jawab sahaja hujah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh dengan fakta bukannya menyuruh orang lain diam.

“Ingat, rakyat berhak bertanya kerana ini melibatkan isu kepercayaan terhadap pemimpin negara,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.


Semalam, MalaysiaGazette melaporkan Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggesa Dr Akmal menarik semula kenyataannya didakwa memperlekehkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Adam Adli berkata, tidak wajar Dr Akmal mempertikaikan kuasa pengampunan YDPA dan jika tidak ditarik balik boleh mencalarkan pandangan umum terhadap keluhuran institusi Diraja.

Sebelum ini, Dr Akmal menerusi akaun Facebook miliknya mempersoalkan pengampunan Diraja yang diperolehi Perdana Menteri Ke-10 itu dan sejauh mana proses itu dibawa kepada Lembaga Pengampunan.

Fariz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Subang juga menyifatkan tindakan Adam Adli itu tidak lebih daripada cubaan menutup kelemahan diri.


“Pengampunan Diraja adalah satu proses yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah menjadi isu politik semata-mata.

“Namun, isu sebenar yang perlu dijawab oleh Adam Adli ialah di manakah pelaksanaan janji-janji yang pernah beliau perjuangkan sebelum ini?

“Dahulunya Adam Adli lantang berteriak tentang pendidikan percuma, penghapusan hutang PTPTN dan hak anak muda, kini seolah-olah kehilangan taring setelah diberi jawatan Timbalan Menteri.

“Beliau begitu garang di jalanan, berarak dengan idealisme perjuangan, tetapi kini hanya tinggal bayangan lama. Di manakah tindakan konkrit untuk menyelesaikan isu-isu anak muda yang pernah menjadi agenda utamanya?” soalnya.

Selain itu, kata Fariz, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, tugas Adam Adli adalah untuk membawa solusi dan bukannya mencipta konflik.

“Janji untuk memberikan pendidikan percuma, perumahan mampu milik dan peluang pekerjaan untuk belia masih belum dilaksanakan.

“Jadi, sebelum meminta orang lain menarik balik kenyataan, sepatutnya Adam Adli sendiri perlu melakukan muhasabah diri.

“Di manakah hasil kerja yang boleh dibanggakan oleh rakyat? Jangan hanya sibuk menyerang pihak lain sedangkan prestasi sendiri masih belum memuaskan,” katanya.

Katanya lagi, kenyataan Adam Adli yang cuba memutar belit isu pengampunan Diraja hanya menunjukkan kelemahan pentadbiran beliau secara keseluruhan.

“Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan dan retorik. Yang rakyat perlukan adalah tindakan dan hasil,” katanya.

Menurut Fariz, sekiranya Adam Adli tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin belia, mungkin sudah tiba masanya beliau mengambil langkah ke belakang dan memberi peluang kepada individu lain yang lebih kompeten.

“Saya mendesak agar Adam Adli berhenti berselindung di sebalik nama institusi dan mula menunjukkan keberanian seperti dahulu, bukan sekadar beretorik tanpa hasil,” katanya lagi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Himpunan solidariti Najib: Puad tak kisah jika Pas mahu raih manfaat politik



KUALA LUMPUR – Ramai beranggapan Pas mahu meraih manfaat politik kerana minta ahlinya turun berhimpun di Istana Kehakiman pada 6 Januari 2025 ini.

Apa pun, bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkarshi terpulang kepada Pas jika mereka mahu main politik kerana baginya pihak yang menyebabkan titah adendum itu berlarutan sampai satu tahun lagi kuat main politik.

“Sebab itu UMNO tidak kisah apabila Hasssn Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang) minta ahli PKR jangan sertai perhimpunan. Tahulah UMNO urus sendiri.

“Dijangka 15,000 ahli UMNO hadir dengan berbaju merah. UMNO sudah merancang lebih awal sebelum Pas keluar surat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Puad, jika Pas boleh kumpul sampai 10,000 orang, itu tanda Najib ada aura pada ahli parti berkenaan.

“Kalau ada 100 orang ahli PKR, DAP dan Bersatu datang sudah menggemparkan,” ujarnya.


Menurut beliau, UMNO berhimpun secara aman dan ikut peraturan dan perbincangan sudah dibuat dengan pihak berkuasa.

“Tidak akan ada pokok bunga DBKL akan rosak, tercabut atau kenderaan polis diterbalikkan seperti ketika BERSIH berhimpun dulu.

“Populariti Najib digeruni. Sebab itu ada pihak yang ikhlas dan ada yang mahu mempolitikkan titah adendum ikut nafsu masing masing. Pokoknya UMNO tetap bersolidariti dengan Najib,” ujarnya. – MalaysiaGazette





.






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Timbalan Ketua Bersatu Sabah keluar parti, sokong GRS



KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Aksyah Nasrah hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sehubungan itu Aksyah berkata beliau meletakkan semua jawatan dalam Bersatu berkuat kuasa serta merta.

“Saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 28 Dis 2024. Peletakan jawatan ini dibuat atas keputusan saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS dan perjuangan parti itu, dalam mempertahankan hak-hak dan kepentingan Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Beliau berkata slogan “Rumah Kita, Kita Jaga” sering diungkap Hajiji merupakan satu naratif yang amat tepat dalam memastikan Sabah benar-benar dipimpin dan diurus oleh kepimpinan parti tempatan tanpa menidakkan hubungan baik dengan pihak kerajaan Persekutuan.


Aksyah berkata kejayaan besar Hajiji adalah menyatupadukan pemimpin dan rakyat Sabah melalui satu gabungan wadah politik GRS, dan perpaduan rakyat Sabah ini merupakan perkara pokok yang menjadi teras kepada kemajuan negeri.


“Melalui penyatuan dan gabungan semua parti tempatan yang mewakili majoriti rakyat Sabah, saya yakin dan percaya Hajiji dan GRS mampu membawa negeri Sabah lebih maju dan berjaya dalam semua sektor dan bidang demi kepentingan dan faedah rakyat keseluruhannya,” kata beliau.- BERNAMA










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Janji kerajaan hanyalah ‘Janji Retorik’



KUALA LUMPUR – Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji atau tipu helah pihak kerajaan terutamanya berkaitan data ekonomi sebaliknya perlu berusaha sendiri untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengajak semua rakyat untuk bersama-sama membina suasana masyarakat yang harmoni dan hangat, memperluaskan ruang inovasi yang inklusif dan aktif serta mencipta keadaan hidup yang selesa dan mudah.

“Saya sentiasa percaya bahawa kerja politik tidak seharusnya sekadar retorik atau menjual harapan kosong.

“Untuk memastikan Malaysia terus maju dengan stabil, kerajaan mesti melaksanakan dasar-dasar yang berorientasikan rakyat dan bukan menyalahgunakan kuasa untuk menekan lawan politik.

“Kita semua sedang menunggu Pakatan Harapan menunaikan janji-janji mereka, termasuk reformasi institusi, pengiktirafan UEC, penghapusan tol lebuh raya, penurunan harga barangan, dan peningkatan dan penambahan royalti petroleum untuk Terengganu, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam perutusan tahun baharu 2025 hari ini.

Dijangkakan, tahun 2025 juga akan menjadi tahun yang penuh dengan cabaran, kata Dominic.


“Sebelum detik tahun baru tiba, kita sudah mendengar banyak berita yang tidak menguntungkan rakyat, antaranya penyelarasan cukai pintu di banyak negeri, kenaikan kadar parkir di Pulau Pinang, perubahan sistem bayaran feri Pulau Pinang-Seberang Perai daripada satu hala kepada dua hala dan rancangan kerajaan untuk memansuhkan subsidi bahan api pada separuh kedua tahun ini.

“Kita perlu bersedia menghadapi gelombang kenaikan kos hidup yang akan dating,” katanya.

Tahun ini, langkah Gerakan utuh tanpa melupakan matlamat asal dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia, rakyat tidak boleh melihat sesuatu dengan kaca mata perkauman.

“Kita mesti mempertahankan dan menghargai ciri-ciri unik budaya pelbagai kaum di negara ini, dengan mengetepikan perbezaan dan menjaga keunikan tersebut.

“Matlamat kami sangat sederhana, iaitu terus memantau prestasi kerajaan kerana tujuan akhir kami adalah memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik. Kos isi rumah, pembangunan ekonomi, pendidikan anak-anak, peluang pekerjaan untuk golongan muda, serta penjagaan kesihatan dan kebajikan warga emas adalah isu keluarga dan juga isu negara.

“Kami percaya bahawa dengan bersama-sama mendesak kerajaan dan berusaha secara kolektif, kita pasti dapat mencapai aspirasi Malaysia yang kita impikan,” katanya.

Dominic berharap tahun 2025 ini, tidak kira sebesar mana cabaran dan rintangan di hadapan, kita semua mesti terus teguh menghadapinya.

“Semoga tahun 2025 membawa masa depan yang lebih cerah untuk kita semua dan negara tercinta,” ujarnya.- MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo