NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tugas kakitangan hospital sudah cukup tertekan, KKM perlu tangguh kerja 45 jam seminggu

Petugas kesihatan sibuk melakukan kerja-kerja merawat pesakit di ICU Hospital UiTM dekat Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 OGOS 2021.


JOHOR BkAHRU – Kementerian Kesihatan (KKM) perlu menangguhkan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu yang dijadual dilaksanakan esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana tambahan waktu kerja tiga jam seminggu membebankan kakitangan hospital.

“⁠Berdasarkan maklumat, kakitangan hospital khususnya para jururawat sudah cukup tertekan dengan jadual semasa. Tambahan tiga jam akan lebih membebankan mereka.

“⁠Ramai mengadu mereka terlalu stres dengan waktu kerja yang sedang dilaksanakan sehingga ramai terlibat dengan kemalangan semasa pulang bekerja,” katanya dalam kenyataan.

Jumlah waktu bekerja itu dinyatakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 berkaitan SSPA.

Pekeliling tersebut menyatakan jumlah jam bekerja bagi waktu bekerja bukan pejabat ditambah baik dengan menyamakan dengan jumlah jam waktu bekerja pejabat iaitu 45 jam seminggu berbanding 42 jam termasuk rehat.

Mengulas lanjut, Suhaizan berpendapat, tambahan tiga jam berkerja juga tiada jaminan mereka boleh berehat, sebab persekitaran kerja di hospital dengan kekangan kekurangan staf.

Sebelum ini, katanya, kakitangan hospital terbabit tiada masa khusus untuk berehat dan sukar untuk mereka berehat jika berdepan dengan pesakit nazak atau sakit tenat.

“Tambahan tiga jam seminggu juga telah menambah 12 jam sebulan atau bersamaan lebih satu hari bekerja. Inilah ruang yang sepatutnya kakitangan hospital bersama keluarga tetapi terpaksa digunakan untuk bekerja,” ujarnya.

Tambahnya, keutamaan KKM pada waktu ini memberi ruang dan pesekitaran kerja yang selesa kepada semua kakitangan hospital bagi mengurangkan 60 peratus daripada mereka merasa letih bekerja.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo