Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajidi pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-48 Kimma hari ini. |
KUALA LUMPUR – “Dulu masa Najib di kemuncak, ramai yang desak beliau letak jawatan supaya Barisan Nasional boleh menang besar.
“Tapi kini apabila beliau tiada, ramai yang merindui kehadiran Najib,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.
Beliau secara terbuka mengakui rasa sedih dan kecewa apabila melihat ramai penyokong Barisan Nasional (BN) yang merindui zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.
“Dulu Najib didesak supaya melepaskan jawatan kerana termakan pelbagai hasutan dan tohmahan.
“Bagaimanapun, ketiadaan mantan Presiden UMNO itu, ramai pula kini merindui kehadiran Najib. Kini semua orang secara terbuka berkata, Perdana Menteri terbaik adalah Najib Razak.
“Bila ada depan mata, kita lupa pada jasa-jasanya. Bila seseorang itu sudah tidak ada, barulah kita hendak bercakap tentang mereka serta semua kebaikan yang dilakukan olehnya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Kimma yang ke-48 di sini hari ini.
Nasihat Asyraf, sikap seperti itu tidak sepatutnya diulang lagi.
Beliau mahu UMNO dan BN bangkit semula berbanding terus menuding jari.
“Hari ini atas kuasa Tuhan, kita ada peluang untuk bangkit kembali. Kini peluang untuk kita bangun selepas jatuh, gunakanlah peluang itu sebaiknya.
“Masih ada lagi cahaya di hujung terowong. Jangan ulang lagi silap lama,” tegasnya. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment