NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR putuskan tiada tindakan terhadap Hassan, kata Fahmi



Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tiada tindakan akan diambil ke atas Ahli Parlimen Pasir Gudan Hassan Abdul Karim.

“Mesyuarat MPP hari ini ada membincangkan isu laporan disiplin terhadap Hassan. 

“(MPP) diputuskan tiada tindakan lanjut terhadapnya,” kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil kepada Malaysiakini

Pada 21 November lalu, Hassan mengesahkan dia dipanggil Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyatannya berkenaan keputusan kerajaan melantik U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. 

Menurut sumber, Hassan akan disiasat berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong yang memiliki saham kedua terbesar dalam U Mobile di samping mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Kata sumber itu, PKR beranggapan Hassan merosakkan imej parti apabila membuat kenyataan kritikal secara terbuka itu.

Dia juga mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini juga mulai terjebak dengan kesilapan membina kapitalis kroni.



Sumber | Malaysiakini












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo