NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya ‘segelintir’ Orang Asli sokong PAS, tidak kepada BERSATU - Ahmad Jazlan

Ahmad Jazlan Yaakub percaya masyarakat Orang Asli masih menyokong BN kerana mengenang jasa gabungan itu sejak dulu. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA
Dakwaan pemimpin Bersatu konon akan berlaku peralihan sokongan masyarakat Orang Asli di DUN Nenggiri kepada Perikatan Nasional (PN) sekadar permainan psikologi, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Jazlan yakin sokongan ‘kesetiaan’ majoriti Orang Asli terhadap gabungan itu mampu membantu kemenangan calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani di PRK Nenggiri 17 Ogos ini.

“Itu hanya permainan psikologi pihak lawan. Tidak nafi ada sebilangan ‘terlalu kecil’ (Orang Asli) menyokong kerajaan negeri PAS, bukan Bersatu. Bersatu tiada tempat untuk Orang Asli.

Namun, kita cukup yakin dan percaya majoriti mereka masih kekal dengan kita. Mereka masih mengenang jasa kepada apa yang telah dilakukan BN dari dulu sampai sekarang,

 katanya kepada FMT.

Semalam, Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor mendakwa masyarakat Orang Asli khususnya pengundi muda bukan lagi deposit tetap BN kerana tidak terikat dengan ‘pemikiran orang lama’.

Katanya, segala faktor yang dikatakan memberi kelebihan kepada BN tidak menghasilkan kemenangan, termasuk tokoh politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan berpengaruh di Gua Musang.

Nenggiri salah satu daripada tiga DUN bawah Parlimen Gua Musang. Tengku Razaleigh mewakili rakyat Gua Musang dari 1986 hingga 2018 dan tewas di tangan calon PAS pada PRU 2022.

Pada PRN lalu BN tewas di Nenggiri dengan majoriti 810 undi.

Terdahulu, bekas menteri Khairy Jamaluddin ketika mengacarakan audio siar Keluar Sekejap menjangkakan BN berpeluang cerah merampas Nenggiri, antaranya kerana pengaruh Tengku Razaleigh dan langkah menugaskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor untuk menarik sokongan Orang Asli.

Tengku Razaleigh adalah pengarah pilihan raya BN bagi PRK Nenggiri. Ramli merupakan Ahli Parlimen pertama daripada komuniti Orang Asli.

Masyarakat itu membentuk 13% iaitu kira-kira 2,700 daripada keseluruhan 20,259 pengundi Nenggiri.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo