NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terbengkalai selama 6 tahun, Projek Kampung Sungai Baru mula tahun depan, kata Zaliha

Dr Zaliha Mustafa berkata projek pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru dijangka bermula tahun depan dengan pecah tanah dilaksanakan akhir tahun ini.


PETALING JAYA: Projek pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru yang tertangguh selama enam tahun dijangka dimulakan suku tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata majlis pecah tanah projek pembangunan itu dijangka dilaksana akhir tahun ini.

“Pembinaan boleh dimulakan pada suku tahun 2025 setelah mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (DO) daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung perkembangan terkini projek berkenaan yang tertangguh sekian lama.

Berhubung pampasan, Zaliha berkata ia dibuat berdasarkan penilaian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) selepas mengambil kira semua aspek termasuk nilai hartanah, kos selenggara, kos kehilangan pendapatan dan sebagainya.

“Pampasan yang diberikan contohnya flat, ada yang menerima sebanyak RM180,000 hingga maksimum RM350,000 yang agak besar angkanya. Manakala untuk rumah teres ada yang menerima RM800,000 hingga RM2.9 juta.

“Namun, jika ada pihak-pihak yang masih tidak puas hati dengan pampasan tersebut boleh semula kemukakan kepada mahkamah untuk prosiding lain,” katanya.

April lalu, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani menggesa pemaju projek itu untuk menyerahkan semula tanah berkenaan sekiranya tiada kemampuan meneruskan projek tersebut.

Beliau yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata pembangunan projek itu juga masih belum menyaksikan sebarang pembangunan walaupun 95% penduduk terlibat telah dipindahkan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2018.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo