NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemasukan murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan menurun



  • Bilangan kemasukan atau enrolmen murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan dari 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus tahun ini.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi murid Bumiputera pula terdapat peningkatan dari 93.81 peratus (2014) kepada 95.12 peratus pada 2024.
  • Jumlah murid Bumiputera di SJKC turut menunjukkan peningkatan tahun ini iaitu 18.52 peratus berbanding pada 2014, 11.67 peratus.
  • Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik bilangan dan peratusan pelajar di SK, SJK, SJKC dan SJKT serta sekolah antarabangsa mengikut pecahan tahun dan kaum dari 2004 hingga 2024.

KUALA LUMPUR —  Bilangan kemasukan atau enrolmen murid bukan Bumiputera ke sekolah kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan dari 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi murid Bumiputera pula terdapat peningkatan dari 93.81 peratus (2014) kepada 95.12 peratus pada 2024.

Fadhlina berkata jumlah murid Bumiputera di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) turut menunjukkan peningkatan tahun ini iaitu 18.52 peratus berbanding pada 2014 yang mencacatkan 11.67 peratus.

“Murid bukan Bumiputera di SJKC menunjukkan penurunan daripada 88.33 peratus pada 2014 kepada 81.48 peratus pada 2024.

“Di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid Bumiputera dari 0.38 peratus pada tahun 2014 kepada 0.49 peratus pada tahun 2024. 

“Kadar murid bukan Bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus dari tahun 2014 sehingga 2024,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik bilangan dan peratusan pelajar di SK, SJK, SJKC dan SJKT serta sekolah antarabangsa mengikut pecahan tahun dan kaum dari 2004 hingga 2024.

Fadhlina berkata kemasukan murid Bumiputera ke sekolah antarabangsa turut menunjukkan peningkatan 49.4 peratus dari 2019 hingga 2024, manakala dalam tempoh sama kemasukan murid bukan Bumiputera juga meningkat kepada 30.6 peratus.

“Setakat 31 Mei lalu, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 dengan pecahan warganegara seramai 59,726 (67.1 peratus) dan bukan warganegara seramai 29,225 (32.9 peratus). Pecahan warganegara mengikut kategori Bumiputera adalah 19.9 peratus dan bukan Bumiputera 80.1 peratus.

“Enrolmen murid warganegara ke sekolah antarabangsa meningkat 34 peratus dari tahun 2019 ke tahun 2024,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bagi tempoh 10 tahun lalu sahaja, terdapat peningkatan kemasukan lebih 30 ribu murid bukan Cina ke sekolah Cina iaitu dari 2010 hingga tahun 2020.

Menurut Pakar Pendidikan, Dr Anuar Ahmad sekiranya trend itu berterusan, dijangkakan dalam tempoh 25 tahun lagi, unjuran murid bukan Cina di sekolah Cina akan mencapai antara 40 hingga 50 peratus.

“Jika unjuran ini benar-benar berlaku, maka secara fizikalnya sekolah Cina akan menjadi sekolah pelbagai kaum di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau dilaporkan berkata kepelbagaian kaum di sekolah Cina sudah tentu akan mengukuhkan wajah dan identiti Malaysia dan ini akan semakin mengambil alih identiti ‘kecinaan’ di sekolah tersebut. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo