Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis, Rashidi Harris berkata Kerajaan Madani tidak boleh membiarkan isu tajaan syarikat arak terhadap institusi pendidikan daripada terus melarat di negara ini.
Ia susulan, kerajaan dilihat alpa sehingga sanggup menggadaikan kedaulatan agama Islam demi memenangi isu syarikat arak menaja sekolah Cina.
Katanya lagi, isu berkenaan kian dipanjangkan sehingga ia perlu dibahas di jemaah menteri.
Ujar Rashidi, Kerajaan pada ketika ini seharusnya lebih tegas dalam menyelesaikan isu tajaan syarikat arak kepada institusi pendidikan daripada terus melarat sehingga perlunya dibahas di peringkat jemaah menteri.
Tambahnya, tindakan membawa isu tersebut di dalam jemaah menteri seakan pengharaman terhadap arak masih boleh dipertikaikan walaupun terdapat Perkara 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Katanya juga, rakyat tidak mahu melihat agama Islam menjadi alat permainan politik oleh beberapa golongan dan pada asasnya perkara yang haram kekal haram merujuk kepada arak itu sendiri.
Sumber: FB Lebai Kampung
#boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment