NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid



MARAN - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan BN pada pilihan raya lalu tidak menghalang parti itu untuk terus kekal menggunakan lambang terbabit.

"PH bertanding dengan lambang mereka (PH), kita (pula bertanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama kita (tetap) jalinkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Ahmad Zahid turut menjelaskan BN tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi parti PH.

"Asalkan kawasan kita (BN) bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka (PH) dan kita tidak akan bertanding di kawasan mereka (PH) bertanding," jelas beliau.

Menjawab mengenai status terkini, Parti Progresif Penduduk (myPPP), Ahmad Zahid berkata, terdapat 11 parti gabungan itu termasuk MyPPP sebagai 'friends of BN'.

Ujasnya, BN hanya mempunyai empat parti komponen terdiri UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

"Kita samakan semua... mereka (MyPPP) sebahagian daripada Friends of BN, bukan (parti) komponen.

"Dalam Perlembagaan BN memaktubkan bahawa keputusan untuk menerima mana-mana parti mesti 'konsensus' 100 peratus... jika ada parti tidak bersetuju, maka kita tidak akan menerima," katanya.



Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Anonymous said...
    DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

    Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

    Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

    Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

    Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
    Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo