NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya masih peguam wakili ibu Zayn Rayyan' - Mahmud

Peguam, Mahmud Abdul Jumaat menegaskan bahawa beliau masih mewakili ibu kepada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.



KUALA LUMPUR - Peguam, Mahmud Abdul Jumaat menegaskan bahawa beliau masih mewakili ibu kepada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebooknya, Mahmud berkata, ia berdasarkan pertimbangannya selepas berjumpa dengan keluarga itu.

Menurutnya, pada 31 Mei lalu, beliau telah dihubungi oleh keluarga bapa Zayn Rayyan pada jam 11 malam, Jumaat selepas pasangan suami isteri itu (Zaim dan Isma) ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman, keesokkan harinya.

"Saya ingin tekankan bahawa, ini bukan inisiatif NGO (pertuduhan bukan kerajaan) tetapi inisiatif keluarga bapa Zayn Rayyan sendiri, namun entah dari mana cerita itu timbul.

"Menyentuh isu surat perlantikan rasmi, saya dengan niat yang suci, ingin membantu kerana dalam hati ini terdetik rasa kahsian, sudah la kehilangan anak, sekarang direman menjadi orang yang disyaki pula, sungguh besar dugaan mereka," katanya.

AKAN MENYUSUL



Sumber | Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo