NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan cuba sembunyi isu lantik bapa mentua, kata Satees

M Satees semalam menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menjelaskan pelantikan bapa mentua timbalannya sebagai ketua lembaga rayuan.


PETALING JAYA: Keengganan bapa mentua Timbalan Ketua Menteri Jagdeep Singh Deo mengetuai Lembaga Rayuan Pulau Pinang di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat tidak bermakna kerajaan negeri terlepas daripada menjelaskan pelantikan itu, kata Setiausaha Agung Urimai M Satees.

Beliau berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Jagdeep mungkin merasakan bahawa selepas Baldev Singh Gurchan Singh menolak jawatan pengerusi lembaga, ‘mereka boleh menyembunyikan kenyataan’ itu.

“(Tetapi) persoalan mengenai usul yang diluluskan di DUN masih perlu dijelaskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas Adun Bagan Dalam itu berkata Chow dan Jagdeep juga mesti menjelaskan sama ada mereka telah mendedahkan hubungan Baldev dengan Jagdeep kepada exco serta DUN sebelum pembentangan usul itu.

Semalam, FMT melaporkan bahawa Baldev telah menolak jawatan itu berikutan dakwaan nepotisme.

Satees dilaporkan meminta Chow menjelaskan pelantikan bapa mentua timbalannya sebagai ketua lembaga rayuan.

“Adakah tiada orang lain yang sesuai dan berpengetahuan di Pulau Pinang, selain bapa mentua timbalan ketua menteri, untuk dilantik sebagai pengerusi lembaga itu? Adakah ini bukan nepotisme?” katanya.

Pada Khamis, DUN Pulau Pinang telah meluluskan usul untuk melantik enam ahli lembaga itu, dengan Baldev sebagai pengerusi.

Usul yang dibentangkan oleh Jagdeep sendiri itu telah diluluskan sebulat suara.

Peranan lembaga rayuan adalah untuk melihat rayuan yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja selepas permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat ditolak oleh jabatan berkaitan negeri.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo