NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Bukannya hapuskan Bahasa Melayu sepenuhnya..” - Fahmi Fadzil



  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membidas beberapa pihak yang membuat persepsi tidak benar mengenai isu yang dibangkitkan lembaga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.
  • “Saya difahamkan isu yang berbangkit adalah berkaitan bantahan PIBG mengenai dasar DLP bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukannya menghapuskan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • “Apa yang mereka (PIBG) sampaikan itu adalah pandangan dan bantahan mereka supaya sekolah-sekolah mereka diteruskan DLP dalam Bahasa Inggeris (Sains dan Matematik), itu yang mereka maksudkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Komuniti MADANI Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap, di sini hari ini.
  • Beliau berkata bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkan lembaga sekolah dan PIBG itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bertemu dengan pihak-pihak terbabit untuk membincangkan secara baik perkara berkenaan dalam masa terdekat.

NIBONG TEBAL – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membidas beberapa pihak yang membuat persepsi tidak benar mengenai isu yang dibangkitkan lembaga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata isu sebenar yang dibangkitkan oleh Lembaga Sekolah dan PIBG di Pulau Pinang itu adalah mengenai dasar pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukannya menghapuskan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Saya difahamkan isu yang berbangkit adalah berkaitan bantahan PIBG mengenai dasar DLP bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukannya menghapuskan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Apa yang mereka (PIBG) sampaikan itu adalah pandangan dan bantahan mereka supaya sekolah-sekolah mereka diteruskan DLP dalam Bahasa Inggeris (Sains dan Matematik), itu yang mereka maksudkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Komuniti MADANI Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap, di sini hari ini. 

Beliau berkata bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkan lembaga sekolah dan PIBG itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bertemu dengan pihak-pihak terbabit untuk membincangkan secara baik perkara berkenaan dalam masa terdekat.

“Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh sendiri akan turun menemui pihak terbabit bagi membincangkan secara baik perkara itu,” katanya.

Fahmi turut berkata berdasarkan laporan sentimen pagi tadi, ada beberapa pihak telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman, sekali gus membuat tohmahan tidak harmoni berhubung isu itu.

Justeru beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti komen-komen di media sosial yang telah dibuat dan mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana individu atau netizen yang meletakkan komen bersifat 3R.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh, yang cuba mempolitikkan dan mengambil sikap untuk menyentuh 3R (kaum, agama, raja) berkenaan hal ini,” katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan Lembaga Sekolah serta PIBG daripada 11 SMJK dan Sekolah Menengah Cina di Pulau Pinang meminta KPM menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP dalam Sains serta Matematik. – BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo