NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Utamakan minoriti, bukan ahli politik, Tuan Ibrahim perjelas bantah Adun lantikan

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Adun lantikan mestilah untuk kepentingan rakyat.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PAS mengkritik pelantikan ahli politik sebagai Adun, selepas Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan usul Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail untuk melantik Adun lantikan.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan Adun lantikan seharusnya mewakili golongan minoriti seperti Orang Asli dan Orang India, serta Orang Kurang Upaya atau profesional.

“Lima Adun baru dilantik itu hampir semua tokoh politik,” kata Adun Cheka itu, pada sidang media yang dimuat naik di Facebook PAS Pahang.

“Ini (Adun lantikan) bukan nak perkukuhkan pasukan kerajaan tetapi mestilah segmen untuk kepentingan rakyat.”

Terdahulu, menteri besar mengusulkan pelantikan Haris Salleh Hamzah (ketua Umno Jerantut), Wong Tat Chee (ketua MCA Temerloh), Mohd Fadzli Mohd Ramly (pengerusi Amanah Pahang), dan Rizal Jamin (timbalan pengerusi PKR Pahang).

Turut dicadangkan pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Ahmad Irshadi Abdullah.

Selepas usul diluluskan dengan sokongan majoriti, Speaker Mohd Sharkar Shamsudin mengumumkan mereka akan mengangkat sumpah jawatan pada sidang DUN akan datang, yang dijangka pada Ogos.

DUN Pahang pada 20 Nov 2020 meluluskan pindaan enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi melantik Adun secara lantikan.

Ketika persidangan, Tuan Ibrahim berkata sokongan pihaknya sebelum ini berasaskan syarat Adun lantikan dalam kalangan NGO, kumpulan minoriti, dan bukan mereka yang terlibat atau bergiat aktif dalam politik.

“Kita mohon usul itu ditangguh supaya lebih jelas fungsi Adun dilantik tetapi permohonan kami ditolak,” katanya, mengulas lanjut.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo