NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang tak nampak PAS sebab pakai baju PN, bidas Halim



PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri mendakwa jentera parti itu ‘kurang menonjol’ pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu kerana memakai baju Perikatan Nasional (PN).

Menafikan dakwaan PAS tidak ‘ghairah’ berkempen pada pilihan raya berakhir Sabtu lalu, Halim menjelaskan jentera PAS sebenarnya bergerak seminggu sebelum penamaan calon pada 27 Apr lalu.

Malah, menurut Adun Paya Jaras ini, Ahli Parlimen Hulu Selangor Mohd Hasnizan Harun daripada PAS juga menjadi timbalan ketua induk jentera pilihan raya, sambil menegaskan kerjasama dengan rakan komponen berjalan baik.

“Dakwaan itu tak tepat, sebab kami tak pakai baju PAS sebaliknya baju biru PN. Sebab tu tak nampak (jentera PAS). Kita bertanding atas tiket PN, bukan atas parti masing-masing jadi tak jumpalah bendera PAS.

“Kita semua memang diarahkan pakai baju PN, jadi tak timbul baju hijau dan sebagainya… orang hanya nampak PN,” katanya kepada FMT.

Sehari sebelum pengundian 11 Mei, badan pemikir Ilham Centre dalam kajian di lapangan mendapati PAS yang sering menjadi jentera dan tulang belakang PN dilihat tidak ghairah berkempen.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Yusri Ibrahim, di Facebook turut sependapat bahawa PAS tidak menggerakkan secara maksimum jenteranya seperti kelaziman PRK lain, memungkinkan adanya perkembangan terbaharu interaksi antara PAS dan Bersatu.

Menangkis dakwaan itu, Halim menafikan jentera PAS dari luar Selangor tidak berkampung di Kuala Kubu Baharu, sebaliknya mendapat kerjasama baik dari jentera Perlis, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Pahang.

“Semua ‘all out’. Malah PDM Bandar Utama Batang Kali kita dapat majoriti 1,746 dengan 3,373 undi berbanding PH 1,627 undi.

“Ini tanda-tanda positif, walaupun kita tak dapat ambil KKB tapi melihat kepada data pengundi bawah 40 tahun majoriti bersama PN,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo