NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah ‘kunci’ mukut Chegu Bard berkaitan kasino Forest City



KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah mengeluarkan perintah larangan bersuara berkaitan kes kasino Forest City, Iskandar Puteri kepada Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini. 

Bagaimanapun peguam mewakili Badrul Hisham memaklumkan pihaknya akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini. 

Menurut peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, pihaknya mempunyai bukti lain bagi menyokong rayuan tersebut kelak. 

“Kita akur dengan keputusan mahkamah hari ini tetapi ada banyak strategi lain dari segi perundangan termasuklah merayu kepada Mahkamah Rayuan di Putrajaya,” katanya hari ini. 

Sebelum ini pihak pendakwaan telah memohon semakan perintah larangan bersuara termasuklah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes yang sedang dihadapi oleh Badrul Hisham. 

Pada 30 April lepas, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut berkaitan projek kasino di Forest City.

Beliau didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook miliknya dengan nama ‘Che GuBard’ di Mutiara Villa Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 6.30 petang, 26 April lepas. -MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo