NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aaron-Wooi Yik gagal juarai All England

FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Hasrat Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar kejayaan sulung selaku juara kejohanan berprestij Seluruh England tidak kesampaian, apabila tewas pada aksi final di Arena Birmingham sebentar tadi.

Mereka tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 16-21, 16-21.

Aksi meyakinkan ketika melepasi suku akhir dan separuh akhir gagal diulangi, malah tampil longgar memberi ruang lawan menguasai perlawanan.

Kekalahan itu melenyapkan impian mereka untuk menebus kekecewaan perlawanan akhir edisi 2015, juga tewas kepada beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Keputusan itu turut menyaksikan kemarau Malaysia selama 17 tahun bagi menjuarai acara beregu lelaki di Seluruh England berterusan, dengan kali terakhir gandingan Koo Kiean Keat-Tan Boon Heong memenanginya pada edisi 2007.

Selaku juara, Fajar-Rian membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$96,200 (RM452,485) manakala Aaron-Wooi Yik meraih AS$45,500 (RM214,013).

Sumber asal | Buletin TV3 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo