NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penunggang GrabFood serah memorandum di Putrajaya esok




KUALA LUMPUR
: Satu penyerahan memorandum akan diadakan di Putrajaya esok (16 Feb) sebagai tanda protes penunggang-penunggang GrabFood terhadap penindasan syarikat GrabFood Malaysia (Grabfood).

Timbalan Presiden Penghantar P-Hailing Malaysia Abdul Hakim Abdul Rani berkata, syarikat GrabFood kali ini telah mula menurunkan bonus waktu puncak terhadap penunggang-penunggang GrabFood.

Menurut  beliau, perkara tersebut adalah tidak wajar kerana masih belum selesai mengenai isu penurunan kadar asas perkhidmatan dan barangan terhadap penunggang-penunggang GrabFood.

“Ini merupakan satu tindakan yang benar-benar tidak bertanggungjawab kerana ramai rider GrabFood tengah bergelut dengan pelbagai kos sara hidup tetapi dilayan seperti hamba,” katanya kepada HarakahDaily.

Kata beliau, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana syarikat tersebut seolah-olah hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nasib penunggang-penunggang GrabFood.

Tambah beliau, penunggang-penunggang GrabFood juga merupakan manusia biasa yang juga perlu dilayan dengan adil dan saksama.

“Penunggang-penunggang GrabFood telah lama bersabar mengenai isu ini tetapi apabila keadaan masih lagi tidak berubah maka jangan terkejut satu lagi perhimpunan akan mereka lakukan pada keesokan hari,” ujarnya.

Kata beliau, perhimpunan ‘Road to Putrajaya’ akan diadakan pada esok hari (16 Feb 2024) yang bertujuan untuk mengembalikan semula kadar asas penunggang-penunggang GrabFood seperti sediakala.

Beliau menyatakan penunggang-penunggang GrabFood akan mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti pekarangan Masjid Putrajaya,Plaza Tol Puchong,Cyberjaya,Plaza Tol Mex Putrajaya,Jaya Shopping Centre Petaling Jaya,One Utama,AEON Seremban dan 1 Utama pada pukul 2 petang.

“Dari kawasan-kawasan tersebut kita akan bergerak bersama-sama rider GrabFood ke pekarangan Kementerian Pengangkutan Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai isu tersebut,

“Jadi, saya menyeru ramai lagi rider GrabFood dari setiap negeri untuk turun bersama-sama kerana siapa lagi nak memperjuangkan isu ini kalau bukan kita semua?” tegasnya.

Beliau juga menjemput mana-mana NGO rider dan ahli Parlimen untuk hadir dalam perhimpunan tersebut serta mengingatkan setiap penunggang GrabFood supaya tidak melakukan apa pun provokasi.  HARAKAHDAILY  15/2/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo