NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nak saya minta maaf? Teruskan bermimpi – Dr Akmal



MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bertegas untuk tidak membuat permohonan maaf terhadap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Malah beliau menyindir Naib Pengerusi DAP itu yang berpura-pura menjadi mangsa keadaan mengenai cadangannya untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Sendiri keluar kenyataan, lepas tu kena bantah, kemudian konon-konon jadi mangsa keadaan. Nak saya minta maaf? teruskan bermimpi, kerana itu tidak akan terjadi!

“Sekali lagi saya ulang, jika sesiapa sahaja sentuh perkara yang sensitif terhadap orang Melayu dan Bumiputera, kami tidak akan teragak-agak untuk menentang sekerasnya tidak kira siapa anda!,” tegasnya melalui kenyataan di Facebook rasminya malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui hari ini agar beliau membuat permohonan maaf terhadap Kor Ming berhubung cadangannya itu.

Menurut Yu Hui, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga perlu bertindak terhadap Dr Akmal kerana kenyataannya mengenai tawaran ‘pembelajaran sejarah’ kepada Kor Ming telah merosakkan hubungan kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Yu Hui, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga perlu bertindak terhadap Dr Akmal kerana kenyataannya mengenai tawaran ‘pembelajaran sejarah’ kepada Kor Ming telah merosakkan hubungan kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahad lalu, Kor Ming berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin UMNO bagi memperjelaskan cadangannya berkaitan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak UNESCO.

Ia susulan kenyataan beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dilaporkan menolak keras cadangan itu.

Pemimpin UMNO itu menyifatkan ia sebagai menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo