NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majikan beri bonus RM360,000 jika lahir anak

SEOUL – Sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan mengumumkan penawaran bonus sebanyak 100 juta won (RM359,818) kepada pekerja setiap kali mereka melahirkan bayi, lapor agensi berita UPI semalam.

Ia bertujuan untuk membantu negara itu memulihkan kadar kesuburannya yang sangat rendah.

Kumpulan Booyoung yang berpangkalan di Seoul, mengadakan satu majlis kelmarin untuk menyerahkan insentif sebanyak 7 bilion won (RM3.59 juta) kepada 70 bayi yang dilahirkan pekerjanya sejak 2021.

“Jika kadar kesuburan yang rendah berterusan, negara kita boleh menghadapi krisis bilangan penduduk dalam tempoh 20 tahun.

“Kadar kelahiran yang rendah dipercayai berpunca daripada beban kewangan berhubung membesarkan anak serta kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dengan keluarga. 

“Itulah sebab mengapa kami memutuskan untuk memperkenalkan faedah istimewa ini,” kata Pengerusi Booyoung, Lee Joong-keun dalam majlis tersebut.

Kadar kesuburan Korea Selatan menyusut pada tahun lepas apabila bagi setiap 100 wanita, hanya 72 bayi dilahirkan.

Jumlah penduduk negara itu pula menurun hampir satu peratus pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun lalu. – AGENSI


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo