NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos haji meningkat, bakal jemaah bimbang tak mampu




KLANG
: Kos untuk seorang bakal haji Muassasah bagi tahun 2024 telah mengalami meningkat sebanyak 11 peratus iaitu kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun lalu.

Manakala, kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356, manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

Majoriti peniaga memberi reaksi tidak bersetuju dengan kenaikan kos haji walaupun telah diberi subsidi, ketika tinjauan Harakah dilakukan di sekitar Kompleks Pandamaran, di sini.

Peniaga yong tau fu, Mohamad Thani Harin, 66, menyatakan bahawa beliau telah sekian lama menyimpan hasrat untuk menunaikan kefarduan tersebut bersama dengan isterinya.

Kata Thani, ramai yang tidak mampu untuk menunaikan haji jika kos haji terus meningkat dan beliau berharap agar harga lama dikekalkan untuk sementara waktu. 

“Kalau orang yang mampu tu tak kisahlah. Mana yang tak mampu tu, itu yang saya terkilan sangat macam kerajaan sekarang naikkan harga kadar bayaran haji ini.

“Saya daftar Tabung Haji hampir lapan tahun, tapi duitnya tak cukup lagi. Kalau katakan RM10,000 lebih nak pergi haji, saya lebih kurang RM9,000 nak tampung duit tu.

“Niat tu memang ada tapi belum kesampaian lagi, kalau kesampaian Alhamdulillah, kalau tak kesampaian tak adalah nampaknya,” katanya.

Peniaga bukhoor, Ismail Mohamad Nor, 38, akui peningkatan kos haji akan memberi kesan kepada jemaah yang ingin melakukan ibadah haji bagi yang berpendapat rendah.

“Kita sedia maklum kos haji meningkat mungkin sebab peningkatan kadar cukai dan caj perkhidmatan baru yang dikenakan pihak Arab Saudi.

“Walaupun kos haji dah diberi subsidi oleh Tabung Haji, tapi saya mengharapkan akan ada inisiatif lain dari kerajaan terutamanya bagi membantu para jemaah yang terkesan dengan ekonomi kini,” katanya.

Peniaga pakaian, Najirah Basiran, 54, berkata kenaikan kos haji terlalu tinggi dan sangat tidak berbaloi dek terlalu mahal mendadak.

“Bukannya sikit RM33,300 tu… banyak. Sedangkan pergi umrah pun dah susah apatah lagi nak pergi haji.

“Sampai saya sendiri terfikir boleh ke saya pergi? Sebab bila tengok harga tu dulu waktu saya mendaftar tu dia kata RM24,000, tiba-tiba pula naik RM34,000 terkejut juga.

“Kita pergi sana kan untuk melakukan ibadah. Kalau kita nak tinggalkan keluarga pun perlu ada makan minum di sini (Malaysia)… takkan kita nak habiskan wang ringgit kita kat sana.

“Harapan saya kalau boleh kurangkanlah (kos haji) bagi peluang yang kita berpendapatan rendah ini untuk merasai sendiri pergi ke haji,” rayunya. – HARAKAHDAILY 15/2/2024











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo