NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumpa di mahkamah, Pemuda Umno akan lapor polis terhadap Tony Pua

Akmal Saleh berkata, Pemuda Umno akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Tony Pua atas dakwaan kebiadabannya mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong.


PETALING JAYA: Pemuda Umno akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang didakwa menyindir keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Insya Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan di seluruh negara oleh Pemuda Umno atas kebiadaban dia mempertikaikan keputusan (bekas) Yang di-Pertuan Agong. 

“Jumpa di mahkamah,” tulis Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dalam catatan Facebooknya.

Beliau turut berkongsi tangkap layar catatan bekas setiausaha publisiti DAP itu di Facebook berhubung laporan New Straits Times atas pengurangan hukuman Najib dalam kes SRC International.

Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, selepas hukuman penjara 12 tahunnya dipendekkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Lembaga Pengampunan diketuai Yang di-Pertuan Agong dan mempunyai lima anggota – peguam negara, Menteri Wilayah Persekutuan (kini Dr Zaliha Mustafa) dan maksimum tiga lagi individu dilantik Agong.

Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempengerusikan mesyuarat lembaga itu pada Isnin lalu.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo