NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

7 enakmen serupa Kelantan, Sanusi akan rujuk Sultan Kedah

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya perkukuh undang-undang syariah negeri.



PETALING JAYA: Kerajaan negeri akan merujuk Sultan Kedah memandangkan ada tujuh undang-undang syariahnya mempunyai persamaan dengan 16 peruntukan dalam enakmen kanun jenayah syariah Kelantan dibatalkan Mahkamah Persekutuan, Jumaat lalu.

Menteri Besar Sanusi Nor, berkata Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah akan dirujuk dalam tempoh terdekat bagi menentukan sebarang tindakan lanjut.

“Kerajaan negeri sudah semak, ada tujuh enakmen yang sama dengan Kelantan. Kita akan kaji kesan perundangan bersabit keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Kita akan ambil tindakan yang wajar untuk perkukuhkan undang-undang syariah di negeri ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sanusi berkata, kesan terhadap pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 tersebut perlu diteliti secara terperinci bagi memastikan ia mengikut laras undang-undang syariah Kedah.

“Akan rujuk Tuanku Sultan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada Jumaat, panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.

Kedua-dua pempetisyen memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan DUN terbabit bertindak melangkaui bidang kuasanya. Bagaimanapun panel memutuskan dua lagi peruntukan kesalahan adalah sah.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo