NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuduhan Ngeh melampau, wajar dahului siasatan polis




KUALA LUMPUR
: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham bertindak mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dengan kejadian kebakaran di kediamannya adalah mendahului siasatan Polis Di Raja Malaysia.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, reaksi Ngeh ketika sidang akhbarnya itu adalah tanda pemimpin DAP tersebut tidak memberi kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak polis.

“Membuat tuduhan untuk meraih sentimen politik dengan kejadian jenayah adalah bersifat melulu dan melampau. Tuduhan Ngeh seakan menyambung tuduhan Nga Kor Meng bahawa PAS adalah Taliban. 

“Ngeh juga dilihat cuba menggambarkan imej buruk bukan hanya kepada PN, tetapi juga Islam kerana dikaitkan dengan isu kebiadaban beliau mencampuri urusan Islam baru-baru ini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak.

PAS Perak katanya, menyeru Ngeh agar bertenang dalam menghadapi musibah dan tidak menunding jari kepada pihak lain, selain sewajarnya tidak membuat tuduhan yang boleh mengapikan sentimen agama susulan kenyataan beliau sebelum ini. 

Razman berharap kes itu dapat diselesaikan dengan segera dan pihak polis diberikan kepercayaan menguruskan isu jenayah secara profesional tanpa dikaitkan dengan sentimen simpati politik.

Beliau terdahulu merakamkan simpati kepada Ngeh atas kejadian dipercayai khianat di mana ‘molotov cocktail’ dikatakan dilempar di kediamannya menyebabkan tiga kereta dan sebahagian rumahnya terbakar. – HARAKAHDAILY 10/1/2024


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo