NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengarah JSJK dan Ahli Parlimen Klang bertegang urat isu perancangan bandar

Shuhaily Zain dan V Ganabatirau bertegang urat mengenai tanggungjawab bagi perancangan bandar ketika dialog awam dengan penduduk.

KLANG: Perjumpaan sebuah dialog menyaksikan ‘perdebatan panas’ antara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain dengan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau di Dewan Persatuan Hokkien Klang, hari ini.

Pada sesi itu, Shuhaily menuding jari terhadap ahli politik dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa gagal melaksanakan perancangan bandar yang mengambil keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

“Perancangan bandar tidak mempertimbangkan keselamatan penduduk. Ia berbalik kepada YB-YB dan ahli majlis tempatan.

“Apabila pembangunan diluluskan, jalan raya menjadi sesak dan apabila itu berlaku, polis dipanggil untuk meredakan kesesakan,” katanya.

Ganabatirau menolak pandangan Shuhaily bahawa perancangan pembangunan melibatkan ahli politik.

“Itu satu salah faham. Semua Adun tidak terlibat dalam sebarang perancangan… hanya ahli majlis saja.

“Pengarah pelesenan, pengarah perancangan, Yang Dipertua dan pegawai daerah saja sebenarnya yang patut dipersalahkan,” katanya.

Bagaimanapun, Shuhaily menyoal pula siapa yang melantik Yang Dipertua sesebuah PBT, sambil menegaskan exco negeri juga patut memainkan peranan dalam pembangunan bandar.

Dalam sidang media selepas itu, Shuhaily bagaimanapun menyifatkan sesi dialog awam berkenaan sebagai positif walaupun berlaku pertukaran pandangan yang kelihatan panas.

“Penjelasan antara polis, golongan YB, dan ahli majlis positif walaupun sedikit tegang,” katanya.

Menurutnya, ketika menjadi ketua polis Pulau Pinang, beliau mengarahkan semua ketua polis daerah di bawahnya bertegas dalam isu pembangunan daerah kerana melibatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo